Karnival PASTI Sepanggar 2010

0 comments

27-28 Mac 2010 lepas PAS Sabah sekali lagi mencoret sejarah apabila PAS Kawasan Sepanggar dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar berjaya melaksanakan Karnival PASTI Kawasan Sepanggar. Buat julung-julung kalinya, program tersebut menggabungkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Malam Kesenian Islam, acara sukaneka dan perbarisan PASTI, rawatan kesihatan percuma, kursus perubatan Islam, gotong-royong memasak bubur lambuk dan pameran daripada badan-badan rasmi parti. Melibatkan sekitar 300 pelajar dari 6 buah PASTI dan kira-kira 500 ibubapa dan penduduk tempatan, program tersebut berjaya membuka mata tetamu yang hadir betapa penghayatan ilmu dan budaya akhlaq mulia yang dipupuk ke dalam jiwa pelajar PASTI adalah sesuatu yang bersifat ikhlas dan bukan olok-olokan. Selain dilatih dengan daya ketahanan melalui aktiviti lasak yang diadakan, anak-anak PASTI sentiasa diajar agar menitikberatkan sportmanship dan kesungguhan dalam tindakan.

Ternyata kehadiran PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam ini mendapat tempat yang istemewa di kalangan masyarakat setempat. Selain dari menyediakan khidmat pendidikan pra-sekolah, PASTI juga berupaya menyadiakan alternatif program ke arah membimbing masyarakat kepada ajaran Islam yang syumul. Ia merupakan bukti bahawa PASTI sudah menjadi institusi pendidikan pra-sekolah yang diyakini dan telah mendapat tempat di hati masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Mengulas perkara tersebut, Saudara Anuar M. Ali, Pengarah Karnival PASTI Sepanggar apabila ditemuramah berkata,"PASTI telah lama mengorak langkah dan kini menjadi pilihan pertama pendidikan awal kanak-kanak. Malah, ia dapat menandingi institusi pendidikan lain seperti Tadika KEMAS walaupun ia percuma. Malah, PASTI Sabah telah menjadi sangat sinonim dengan pelajar-pelajar bukan Islam. Ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat Sabah sudah matang dan mampu berfikir memilih yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka."

Antara acara yang dipertandingkan pada kali ini ialah acara membawa bola ping-pong di dalam sudu, acara mengisi air di dalam botol, acara lari berganti dan sebagainya, selain acara tarik tali untuk para bapa dan remaja dan acara memasukkan benang ke dalam jarum untuk para ibu. PASTI As-Salam Taman BDC Kolombong muncul sebagai juara keseluruhan dengan memenangi 5 acara.

Program seumpamanya diyakini mampu dijadikan wadah mengikat silaturrahim antara guru-guru, ibubapa dan pengurusan PASTI serta masyarakat setempat, selain menjadi medan memupuk ukhuwwah antara jentera-jentera parti seperti Unit Amal dan Nisa' yang bertungkus-lumus menjayakan program.

Taman Indah Permai tiada kemudahan masjid

1 comments

Taman Indah Permai merupakan antara taman yang menghadapi masalah kemudahan masjid. Terletak di kawasan Sepanggar, taman ini mempunyai penduduk yang majoritinya muslim yang mencecah hampir 1000 orang. Malah terdapat juga penempatan asrama pelajar UMS di sini. Malangnya taman ini tidak mempunyi masjid untuk kemudahan umat Islam beribadat. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menunaikan ibadah solat 5 waktu secara berjamaah dan solat Jumaat.

Google Maps: Kemudahan masjid yang tidak disediakan untuk umat Islam Taman Indah Permai (klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Rata-rata penduduk dan pelajar UMS yang ditemui meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang berwajib kerana mengabaikan kemudahan asas umat Islam. Malah untuk menunaikan solat Jumaat, penduduk serta pelajar UMS terpaksa untuk pergi ke masjid perkampungan berdekatan, yang hanya dapat memuatkan ahli jamaah kampung mereka sahaja.

Deretan kedai Taman Indah Permai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli keperluan harian

Menurut seorang penduduk yang tidak mahu dikenali, beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini telah lama di sampaikan kepada pihak-pihak tertentu. Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindakan lanjut yang diambil. Menurut beliau lagi, Taman Indah Permai bukan sahaja sebuah taman perumahan, tetapi di sini juga terdapatnya pasar raya Giant dan Mini Mall yang menjadi tumpuan orang ramai. Oleh itu, kebanyakkan dari orang ramai dan para peniaga akan menghadapi masalah untuk mencari tempat menunaikannya solat apabila masuk waktu.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melihat perkara ini sebagai satu lagi kegagalan kerajaan negeri mengurus kepentingan umat Islam di Sabah. Perkara sebegini tidak akan terjadi sekiranya kerajaan negeri mengutamakan kemudahan dan kepentingan rakyat. Memandangkan kawasan ini adalah majoriti muslim, sepatutnya sejak dari awal lagi kerajaan negeri telah mengambil kira untuk menyediakan kemudahan masjid untuk umat Islam.

Sikap kerajaan negeri yang mengambil lewa dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan ini bakal mengundang masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Sekiranya masjid yang menjadi nadi ukhwah, medan ilmu dan pengisian jiwa tidak ada, maka masyarakat yang bagaimanakah yang ingin dilahirkan. Mungkinkah masyarakat yang lalai dan lupakan pada tuhan yang ingin dilahirkan oleh kerajaan negeri.

Sebubungan dengan itu, DPP Sepanggar hari ini mendesak agar kerajaan negeri segera menyelesaikan permasalahan penduduk Taman Indah Permai. DPP Sepanggar tidak teragak-agak untuk memanjangkan perkara ini bagi memastikan kepentingan umat Islam terbela dan tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri Sabah.

ANAK serah memorandum kepada Ketua Menteri Sabah

0 comments

18 Mac, Kota Kinabalu: Satu memorandum berkaitan penindasan FELDA terhadap peneroka telah diserahkan oleh Saudara Mazlan Aliman selaku pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Ketua Menteri Sabah. Bertempat di Wisma Innoprise, seramai lebih kurang 20 orang rombongan, yang turut disertai pimpinan PAS Sabah turut sama dalam penyerahan momorandum tersebut.

Mazlan Aliman menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Menteri Sabah

Menurut makluman awal, wakil ketua menteri yang juga setiausaha politik Ketua Menteri Sabah sudi menerima kehadiran rombongan tersebut. Namun pada hari penyerahan memorandum tersebut, beliau langsung tidak menjemput wakil ANAK untuk ke pejabat, malah penyerahan memorandum tersebut hanya dibuat pada ruang legar wisma sahaja.

Keadaan ini amat dikesali oleh Saudara Mazlan Aliman kerana kehadiran beliau dan rombongan dari semenanjung sebenarnya hanya ingin menyampaikan hasrat rakyat yang telah ditindas. Namun layanan yang diterima langsung tidak menggambarkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.


Ahli rombongan ANAK bersama pimpinan PAS negeri Sabah bergambar bersama dihadapan banggunan Wisma Innoprise.

Mazlan Aliman dan rombongan sebelum dari itu, telah melawat ke kawasan Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau bagi mendapatkan gambaran jelas tentang masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka di Sabah. Pada lawatannya tersebut, beliau telah mendedahkan berkaitan kepincangan pengurusan tanah oleh kerajaan termasuk isu Felda. Felda yang dahulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat di bawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM 14.4 bilion.

Menurut beliau, walaupun pendapatan Felda Holdings begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa apabila para peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semula kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda iaitu Technoplant. Selain itu, Felda melakukan strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan tanpa perlu bersusah payah bekerja di ladang seperti dahulu. Mereka yang bersetuju dipaksa mambuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru sekitar RM 90,000. (sumber)

KARNIVAL PASTI kawasan Sepanggar

0 comments


Buat pertama kalinya, Jawatankuasa PASTI kawasan Sepanggar telah bersetuju untuk mengadakan KARNIVAL PASTI peringkat kawasan Sepanggar.

Antara aturcara program yang bakal diaturkan ialah:

1. Sukan PASTI (melibatkan 6 buah PASTI sekitar Sepanggar)
2. Sukaneka Ibu bapa dan anak-anak (melukis, tarik tali, memasukan benang dalam jarum dan lain-lain lagi)
3. Pemeriksaan kesihatan PERCUMA dan rawatan Alternatif (rawatan Islam)
4. Jualan gerai dan pameran.
5. Persembahan malam kebudayaan dan kesenian Islam.
6. Jamuan bubur lambuk percuma.
7. Solat hajat dan majlis tahlil perdana
7. dan perbagai lagi acara menarik.

TARIKH:
27 - 28 MAC 2010 (SABTU & AHAD)

BERTEMPAT:
MASJID, DEWAN & PADANG, TAMAN PUTERA JAYA



 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain