Hulu Selangor: Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin

0 comments

Malaysia sebuah negara yang berdaulat seharusnya mengambil pendirian yang tegas terhadap sebarang campurtangan pihak luar di dalam urusan negara. Apatahlagi campurtangan tersebut melibatkan negara yang memusuhi umat Islam. Namun amat malang apabila Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN telah mengkianati amanah ini. Ini terbukti dengan perjanjian kerajaan Malaysia dengan salah sebuah syarikat proksi Yahudi/Zionis iaitu APCO Worldwide Sdn Bhd. Seterusnya menunjukkan bahawa kepimpinan negara sekarang telah menyeleweng dan mengkianati kepercayaan umat Islam di Malaysia khususnya.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar memberi amaran terhadap tindakan kerajaan UMNO/BN yang mengadakan perjanjian dengan syarikat APCO. Malah DPP Sepanggar menganggap perbelanjaan dana negara sebanyak RM77 juta setahun untuk perkhidmatan APCO merupakan pembaziran besar wang rakyat.

DPP Sepanggar juga akan menggerakan jentera penerangan di setiap cawangan bagi menjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang merupakan tindakan yang tidak mengambil peduli sensitiviti umat Islam serta mengancam keselamatan negara.

Seterusnya DPP Sepanggar juga ingin mengingatkan kepada semua pengundi yang bakal mengundi pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Hulu Selangor pada 25 April nanti, agar menilai hubungan UMNO-APCO selama ini, yang bakal menjerumuskan Malaysia bersekongkol dengan regim Zionis. Oleh itu jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai undi protes hubungan UMNO-APCO.

Ingat: "Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin"

Pemuda PAS Prihatin Nasib Marhaen Kg. Bakau

0 comments

Dewan Pemuda Pas Sepanggar memandang berat isu perobohan perumahan di Kg. Bakau yang mengenepikan hak-hak asas kemanusiaan khususnya kepada golongan kanak-kanak. Sebagai susulan kepada lawatan yang diadakan oleh PAS Kawasan Sepanggar bersama wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada sebelah siang 15 April yang lepas, 15 orang anggota Unit Amal dikerah ke tempat kejadian bagi membuat agihan makanan dan minuman percuma, selain menyalurkan bantuan tenaga. Sambutan luarbiasa yang diberikan oleh penduduk memaksa pihak Unit Amal menambah bilangan asal 100 bungkus nasi yang dibawa kepada 150 bungkus, apabila masyarakat tertindas Kampung Bakau keluar berduyun-duyun menadah rezki yang hadir tanpa diduga itu.

Selesai mengagihkan makanan, ahli Unit Amal membawa bekalan air mineral masuk ke kampung untuk diagihkan kepada saki-baki penduduk yang tidak berupaya meredah terik matahari keluar ke tempat agihan makanan dibuat. Selain mendengar rintihan penduduk yang mengambil peluang menceritakan masalah masing-masing kepada rombongan yang hadir, tenaga cuba dihulurkan untuk mengangkat sisa-sisa harta penduduk yang sempat diselamatkan ke tempat yang lebih terlindung. Sesekali terdengar laungan anak muda menjerit takbir dan 'Hidup Pakatan Rakyat!', menandakan bahawa peristiwa yang begitu dalam mengguris hati dan jiwa pengundi-pengundi di sini bakal mencorak episod baru dalam sejarah politik bumi Sabah.

Paling menyedihkan ialah keadaan kanak-kanak yang tidak menentu dan tiada halatuju, menyiapkan kerja rumah di bawah runtuhan zink dan berteduh daripada terik matahari di balik rekahan dinding 'bekas' rumah masing-masing. Keadaan ini paling getir dirasai oleh seorang penduduk yang terpaksa berteduh di tapak gerai lama di hadapan kampung bersama-sama 9 orang anaknya yang masih kecil. Beliau yang tidak mahu dikenali meluahkan dengan nada kecewa bahawa tindakan kerajaan merobohkan kediaman yang telah mereka diami selama berpuluh-puluh tahun tanpa menyediakan pampasan kepada penduduk adalah tindakan biadap dan begitu tersasar daripada omong-omong 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Beliau menegaskan tidak akan memberi undi kepada kerajaan UMNO/BN pada masa akan datang, dan menyeru masyarakat supaya berani melakukan perubahan bagi membebaskan diri daripada belenggu kezaliman dan kebobrokan kerajaan memerintah pada hari ini.


Kampung Bakau mula dirobohkan oleh pihak DBKK sejak 12hb April 2010, dan usaha-usaha tersebut masih berjalan sehingga kini. Penduduk ditawarkan untuk berpindah ke Taman Telipok Ria yang terletak kira-kira 20km daripada Kg. Bakau, tetapi ramai yang menolak atas alasan keadaan perumahan di sana yang rata-ratanya tidak mempunyai kemudahan asas air dan elektrik, selain jarak yang begitu jauh daripada tempat asal.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain