Judi Bola: UMNO/BN bermain dengan api!

0 comments

Isu meluluskan lesen 'judi bola' oleh kerajaan UMNO/BN merupakan isu yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Meluluskan lesen ini, bermakna UMNO/BN sedang berhasrat untuk meruntuhkan sebuah tamadun kemanusiaan. Malah tindakan ini memperlihatkan wajah sebenar UMNO/BN.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melihat perkara ini bukan sekadar isu politik tetapi ianya melibatkan akidah. Meluluskan judi bermakna menentang perintah Allah. Selain dari itu gelala judi juga akan meruntuhkan nilai moral dikalangan masyarakat yang akan menyebabkan negara bakal berhadapan dengan masalah baru akibat dari judi ini.

Sehubungan dengan itu, DPP Sepanggar memberi AMARAN keras kepada UMNO/BN agar segera menarik balik lesen yang telah diluluskan. DPP Sepanggar juga mengingatkan UMNO/BN agar jangan bermain dengan api di dalam isu ini. Kami pemuda Islam tidak sesekali akan redha dengan cara pemerintah yang jelas menentang hukum Allah. DPP Sepanggar akan memastikan UMNO/BN sedar bahawa mereka sedang memilih jalan ke neraka kerana meluluskan lesen judi.

Ayuh pemuda Islam, nyatakan bantahan anda!

Mesyuarat Agong Pemuda PAS kawasan Sepanggar

0 comments

Pada 25 April baru-baru ini, DPP kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong kali ke-7. Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Penerangan PAS-PKR telah dirasmikan oleh Saudara Lahirul Latigu selaku ketua Pemuda PAS negeri Sabah. Seramai lebih 30 orang perwakilan dari beberapa buah cawangan pemuda sekitar kawasan Sepanggar telah hadir bersama.

Pada ucapan Ketua Pemuda PAS negeri Sabah, beliau mengingatkan bahawa pemuda mestilah sentiasa menggerakkan jentera parti bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang. Sebagai pemuda Islam yang berada dijalan dakwah, pemuda PAS perlulah memahami sunnah perjuangan yang memerlukan kesabaran dan thabat di dalam perjuangan. Manakala di dalam ucapan dasar Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah menyentuh agar pemuda perlu bersedia untuk berusaha keras sekiranya ingin melihat kejayaan merampas DUN Karambunai dari Barisan Nasional. Seterusnya beliau mengingatkan bahawa organisasi DPP Sepanggar mesti menyelami hasrat masyarakat setempat bagi memastikan PAS sentiasa dihati masyarakat dikala susah dan senang.

Pada mesyuarat kali ini, pelbagai cadangan, perbahasan dan kritikan telah di bincangkan demi memacu DPP Sepanggar ke arah yang lebih baik. Mesyuarat bertemekan 'Memperkasakan Pemuda' telah berakhir dengan hasrat dan semangat bahawa Islam perlulah kembali menjadi role model di segenap kehidupan.

Tahniah kepada semua Pemuda Islam!

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain