Siapa Hj. Paiman Hj. Abd Karim?

1 comments

Setelah bertemu dengan beberapa orang (saksi) yang mengetahui tentang kejadian seorang pemuda dihalau dari Masjid Bandaraya, Likas baru-baru ini, DPP Sepangar telah dimaklumkan siapakah sebenarnya Hj. Paiman Hj. Abd Karim.

1. Beliau sebenarnya adalah bekas AJK Masjid Bandaraya, Likas.
2. Beliau juga adalah suami kepada Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun (wakil rakyat UMNO dan juga Exco Wanita UMNO) yang kini menyandang jawatan di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. (rujuk disini: http://www.sabah.gov.my/adminstructure/govstructure.asp?section=statecabinet)

Hj. Paiman Hj. Abd Karim bersama isteri beliau (Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun) pada majlis makan rasmi.

Kejadian yang berlaku itu juga sebenarnya bukanlah arahan rasmi pihak masjid kerana ianya adalah merupakan tindakan individu.Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar mengingatkan agar beliau tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut kerana semata-mata isteri beliau adalah seorang menteri di Sabah. Sepatutnya beliau harus memahami bahawa asas keharmonian masjid sebagai institusi yang menghubungkan silaturahim sesama Islam haruslah diutamakan.

Pada kesempatan ini, DPP Sepangar sekali lagi menyeru agar rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya bangkit menuntut pilihanraya yang bersih dan adil melalui program BERSIH. Tuntutan BERSIH tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan tetapi seharusnya dilihat sebagai memperbetulkan sistem Demokrasi Malaysia yang tempang akibat dari kebobrokan pemimpin UMNO/BN dalam mengurus tadbir.

Note: Nantikan pendedahan Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar tentang aktiviti 'A DANCE MUSIC FESTIVAL' yang akan dianjurkan pada 2 Julai nanti. Pesta Maksiat terbesar Sabah-Labuan-Brunei.

AJK Masjid Bandaraya, Likas menghalau pemuda bersolat

34 comments

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

 Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut

Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikap beliau yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

-Pilihanraya Bersih dan Adil-
-Kearah Negara Berkebajikan-
-Selamatkan Malaysia-

Tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Sabah baru

0 comments

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada En. Aminuddin Aling di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS baru Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar mendoakan agar beliau sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t di dalam memimpin PAS Sabah ke mercu kejayaan.

En. Aminuddin Aling (kanan sekali) semasa mengadakan ziarah serta menyampaikan sumbangan

Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Sabah

0 comments

8 Jun, Likas: Betempat di Hotel Likas Square, Kota Kinabalu hari ini telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Sabah. Majlis yang julung-julung kali ini telah dihadiri lebih 100 orang guru-guru PASTI dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Sambutan kali ini yang bertemakan 'Guru Wahana Kemenangan Ummah' nyata membuktikan bahawa peranan guru PASTI sebenarnya merupakan pemangkin kebangkitan Islam.

Ucapan oleh Pengerusi MGP, Pn. Norhayati bt. Abd. Ghani pada sesi perasmian Mesyuarat Agong MGP

Sebahagian guru PASTI yang mengikuti Mesyuarat Agong MGP Negeri Sabah

Majlis sambutan ini diadakan pada sebelah malam yang mana telah diadakan Mesyuarat Agong Majlis Guru-Guru PASTI (MGP) pada sebelah siangnya. Pengarah PASTI Malaysia iaitu Cikgu Hassan Aladi telah sudi merasmikan dan seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah kepada mereka yang berkenaan. Semasa ucapan perasmian beliau, beliau mengingatkan bahawa perubahan dan penerimaan PASTI semakin hari semakin mendapat sambutan. Ini terbukti apabila 10 tahun dahulu, masyarakat di Sabah masih tertanya-tanya dimana akan mereka menghantar anak-anak mereka. Numun sekarang pilihan pertama bagi ibubapa untuk pra-sekolah adalah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam atau lebih dikenali PASTI. Beliau pada ucapan telah menggariskan 4 dasar utama bagi tempoh 2012-2016 iaitu:

1. Menjelang 2016 PASTI akan menjadi pilihan UTAMA masyarakat
2. Menggubal ko-kurikulum yang standard dan mendapat pengiktirafan ISO
3. Mempunyai KAMPUS tersendiri sebagai tempat latihan guru-guru PASTI seluruh Malaysia
4. Mempunyai Yayasan Ekonomi tersendiri

Pada sesi penyampaian anugerah, berikut adalah kategori Anugerah yang disampaikan dan para pemenangnya:

Anugerah Guru Peringkat Negeri - Junaidah Jakla
Anugerah Paling Lama Berkhidmat - Pn. Haryati Tumka (15 tahun)
Anugerah Guru Paling Aktif - Cik Kasminah
Anugerah PASTI Paling Lama - PASTI Nurul Hanani, Tawau
Anugerah PASTI Paling Aktif - PASTI Nurul Mawadah, Tawau
Anugerah Khas - PASTI Nurul Hasanah, Kota Kinabalu (mempunyai pelajar bukan Islam teramai)

 Pembacaan ikrar oleh guru-guru PASTI Negeri Sabah (gambar oleh Nahnu Jundullah)

Para penerima anugerah bergambar bersama VIP

Turut sama pada Majlis ini ialah Hj. Aminudin Aling yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu Ketua Pemuda PAS Sabah yang juga Pengarah PASTI negeri Sabah serta Pn. Norhayati Abd. Ghani iaitu Pengerusi MGP Negeri Sabah. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan multimedia dan anak-anak PASTI terpilih.

Berikut adalah statistik terkini perkembangan PASTI negeri Sabah:

Bilangan PASTI : 58 buah
Bilangan Murid : 3470 pelajar
Bilangan Guru : 135 orang

"GURU WAHANA KEMENANGAN UMMAH"

DPP Sepangar merakamkan penghargaan kepada Kepimpinan baru PAS

0 comments

Seusai Muktamar PAS kali ke-53 baru-baru ini, PAS telah berjaya melakar sejarah baru apabila berjaya menguruskan pemilihan kepimpinan baru dengan suasana yang indah dan mesra. Semestinya suasana ini tidak mungkin dapat di nikmati oleh UMNO terutamanya pada waktu semakin genting ini (hampir tarikh pilihanraya umum). Sebagaimana firman Allah s.w.t:

"Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka". [al Anfal : 63].


Muktamar terkahir sebelum PRU ke-13 ini memperlihatkan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan merupakan jentera padu bagi membuka laluan ke Putrajaya kelak, sebagaimana ucapan presiden PAS bahawa ahli jawatankuasa kali ini merupakan 'Kabinet Pilihanraya'. Sehubungan dengan itu DPP Sepangar berharap agar kekuatan ini dapat digembeling untuk memastikan UMNO/BN tewas pada PRU nanti.

Perwakilan DHPP Sabah bergambar dengan baju tradisi masyarakat tempatan

Kesempatan ini juga, DPP Sepangar ingin mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan Keningau yang berjaya membawa perwakilan ke Muktamar, malah diserikan lagi dengan kehadiran wakil DHPP Sabah yang berbangsa Dusun (non-Muslim). Kehadiran wakil DHPP ini merupakan lakaran sejarah yang berjaya dicipta oleh PAS Sabah khususnya PAS kawasan Keningau.

"Membangun Negara Berkebajikan"

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain