SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

0 comments

KEBERKATAN RAMADAN INI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGGAR SANGAT BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSINYA DENGAN SELURUH UMAT ISLAM.

SEPANJANG RAMADHAN KALI INI, PAS KAWASAN SEPANGGAR AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM BAGI MENGIMARAHKAN BULAN YANG MULIA INI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.

SUMBANGAN BOLEH DI MASUKAN KE AKAUN SEMENTARA:

PASTI KAWASAN SEPANGGAR
100160-100-54443
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(SILA SMS JUMLAH SUMBANGAN KE NO. BERIKUT: 014-5551042)

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN INI. SEMOGA IANYA MENJADI SEBAHAGIAN AMAL JARIAH YANG AKAN DILIPAT KALI GANDAKAN DIAKHIRAT KELAK.

PERUTUSAN RAMADHAN DARI MURSYIDUL AM PAS
KLIK DISINI
PERUTUSAN RAMADHAN DARI PRESIDEN PAS
KLIK DISINI

*Jumlah sumbangan terkumpul akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

Santai Pemuda Bersama Bob Lokman

0 comments

Kehadiran Bob Lokman baru-baru ini ke Kota Kinabalu sebagai duta PAS telah menggamit golongan belia dan remaja untuk mendekati PAS. Pelbagai program telah diaturkan untuk beliau selama 3 hari di Sabah iaitu bermula dari 23,24 dan 25hb Julai. Antaranya:

1. Minum Pagi dan Ramah Mesra Bersama Bob Lokman
2. Edaran Risalah di Tamu Inanam dan Tamu Gaya
3. Melawat Kg. Air dan Tazkirah Zohor
4. Forum 'Masyarakat Madani, Impian Kami' di Tanjung Aru
5. Kuliah Subuh dan Mangrib
6. Santai Pemuda Bersama Bob Lokman

Kehadiran beliau menjadi tumpuan peminat dari pelbagai lapisan masyarakat. Rata-ratanya memberi respons yang positif di atas kesudian beliau hadir bertemu peminat seterusnya sebagai Duta PAS bagi mendekati golongan belia dan remaja.

Program yang diaturkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ini seharusnya menjadi titik permulaan kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mendekati PAS seterusnya memahami Islam sebagai penyelesaian masalah masa kini.

Gambar sekitar program Bob Lokman:

 Disapa oleh peminat beliau ketika melawat tamu

 Menjejaki Kg. Air

 Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah Saudara Lahirul Latigu bersama Bob Lokman ketika mengedar risalah di Tamu Gaya

 Program Santai Bersama Bob Lokman di Pantai Tanjung Lipat

 Minum pagi bersama Bob Lokman, kelihatan mantan Pesuruhjaya PAS Sabah turut sama

 Pandu Puteri bergambar bersama Bob Lokman

 Peminat bergambar bersama beliau

Peminat beliau


Tangisan warga Sepangar

0 comments

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepangar mengambil berat terhadap laporan dari sabahdaily yang dipetik dari sabahkini. Tindakan pihak berkuasa yang membelakangkan prikemanusiaan merupakan suatu perbuatan yang zalim terhadap rakyat sendiri. DPP Sepangar menyeru rakyat Sabah agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN di Sabah bagi memastikan kejadian sebegini tidak lagi menghantui rakyat Sabah. Pakatan Rakyat melalui buku Jingga malah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan tema 'Membina Negera Berkebajikan' bersedia untuk memikul amanah rakyat Sabah bagi mestikan hak-hak mereka terbela.

PAS Sabah melalui NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan. Sebarang permasalahan tanah disekitar Sepangar dan Kota Kinabalu, boleh menghubungi Saudara Lahirul Latigu yang juga Setiausaha TABAH (019-3692587).

........................................................................................

Berikut adalah berita yang diperolehi dari Sabahdaily:

Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri?


BETAPA hinanya Anak Negeri Sabah kerana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tanpa teragak-agak menghantar jentolak untuk meranapkan rumah mereka di beberapa kampung di Likas, Inanam dan Sepanggar atas alasan rumah mereka adalah Setinggan; sinonim dengan pepatah Melayu, hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

Tetapi bagi PATI yang berasal daripada Pulau Gaya setelah mendapat kad pengenalan projek, Haji Sidek, dengan bantuan Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mengangkat sumpah sebagai Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II; begitu bermegah dengan Istana yang dibina secara haram di atas tanah simpanan milik kerajaan di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Haji Sidek membeli lot tanah berkenaan seluas 900 kaki persegi tetapi telah menceroboh tanah simpanan kerajaan dengan membina dua buah rumah di satu lot kosong dengan keluasan yang sama tetapi direzabkan untuk kegunaan kerajaan (open space).

Walaupun isu ini telah hangat di Facebook sejak jun tahun lalu, namun DBKK seolah-olah tidak mempedulikan keluhan rakyat, sekalipun Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai turut memberi respon sambil lewa.

Yeo Boon Hai memberi komen dengan mengatakan bangunan tersebut adalah dalam tanah persendirian, cuma tidak ikut syarat DBKK maka OC tidak di luluskan. “Tadi pagi saya sudah arah architectnya waktu memenuhi syarat DBKK”.

Namun setelah didesak, Yeo Boon Hai akhirnya mencatatkan, “According to my officer, both are in their land. One has to go. We are waiting for their architect to respone...”

Namun seorang Forumer, Ansari Abdullah menyatakan bahawa rumah tersebut bukan dalam geran hak milik tetapi dalam tanah simpanan jalan awam yang sekarang ini dipagar secara haram. Ini menghalang penglihatan pengguna jalan raya dan sudahpun menyebabkan beberapa kemalangan Jalan Raya.

Bagaimanapun Yeo Boon Hai tidak lagi memberikan sebarang respon sehingga kini dan tidak ada sebarang tindakan daripada DBKK.

Dalam pada itu, seorang Anak Negeri Sabah, Hossin Bayani Omar berkata, beliau masih ingat bila DBKK beri surat amaran robohkan rumah orang kampung Tanjung Aru yang didirikan di tanah kerajaan sejak berpuluh tahun sebelum kelahiran beliau iaitu 42 tahun lalu, tanpa sebarang pampasan.

Tindakan kejam kerajaan tersebut kata Hossin hanya dipandang sebelah mata oleh Wakil Rakyat dan penduduk terpaksa akur robohkan rumah mereka untuk pembangunan jalan dan projek keindahan kampung. Tetapi sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

Sabahkini.net akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir dalam masa terdekat.

Oleh : RAHMAN IBRAHIM (sabahkini)

DPP kawasan Sepanggar mengecam tindakan polis menggari Ketua Pemuda PAS Sabah

2 comments

10hb (Kota Kinabalu): Tindak biadap polis menggari Ketua Pemuda PAS Sabah menggambarkan polis telah bertindak diluar bidang kuasa. DPP kawasan Sepanggar mengecam cara penahanan tersebut dan ingin mengingatkan pihak polis agar jangan keterlaluan apabila menahan mana-mana pihak yang belum tentu akan kesalahan mereka.

Saudara Lahirul Latigu telah ditahan oleh pihak polis bersama seorang rakan lagi ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, saudara Julfikar Abd Mijan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap cara penahanan tersebut. Pihak polis harus bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang menyalahi undang-undang dan bertindak diluar bidang kuasa, menurut beliau ketika ditemui di KKIA setelah baru pulang dari perhimpunan aman BERSIH di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda PAS Sabah ketika ditahan dengan tangannya digari.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain