MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS) KALI KE-25

0 comments

KOTA KINABALU, 7 APRIL - Muktamar  Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kali ke-25  telah berlangsung di Likas Square, Kota Kinabalu dengan jayanya. Sebanyak 105 perwakilan dari 15 kawasan seluruh negeri Sabah serta lebih dari 30 orang pemerhati termasuk jemputan dari NGO MAFREL dan pemerhati politik turut hadir ke muktamar kali ini.

Sidang muktamar membuka tirai dengan perbentangan dan pengesahan minit muktamar tahunan DPPNS kali ke-24. Muktamar diteruskan dengan agenda membentang, membahas dan menerima laporan tahunan tahun 2011 beserta penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu dana dimana Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu menekankan pembangunan dana perlu bagi memastikan memudahkan sebarang gerak kerja serta meringankan beban petugas sepenuh masa dalam DPPNS.

Perwakilan sedang berbahas

Pada sesi petang, muktamar diteruskan dengan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Perbahasan dari perwakilan Kalabakan menyentuh gerak kerja pengisian selepas kemenangan dan tawaran PAS kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Muktamar dihangatkan dengan sesi membahas dan menerima usul yang dibentangkan oleh dewan. Sebanyak 3 usul telah dibahaskan pada muktamar kali ini.

Pada ucapan penangguhan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu mengingatkan kepada semua perwakilan pemuda agar memastikan agenda yang ingin dibawa oleh PAS menepati aspirasi rakyat Sabah yang inginkan perubahan. Menurut beliau, PAS bukan parti semenanjung semata-mata, malah PAS ialah parti nasional yang mendukung sepenuhnya aspirasi lokal rakyat Sabah. PAS adalah parti untuk semua rakyat negeri ini dari yang beragama Islam hingga bukan beragama Islam.

Karnival Sukaneka PASTI kawasan Sepanggar 2012 meriah

0 comments

1 April, Kota Kinabalu: Tahun ini sekali lagi PASTI kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan karnival sukaneka PASTI kawasan. Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sukaneka kali ini telah disertai 9 buah PASTI sekitar Sepanggar dan sebuah PASTI Tuaran dimana lebih 380 pelajar telah menyertainya.

Sukaneka dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari pelajar-pelajar yang mewakili PASTI masing-masing. Pelbagai ragam dan gaya dapat disaksikan selain dari pakaian yang ceria dari setiap PASTI. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu En. Lahirul Latigu. Beliau mengingatkan para ibu bapa bahawa PASTI ini adalah milik semua mereka yang cintakan pendidikan Islam. Pada majlis tersebut juga beliau telah merasmikan Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Sepanggar 2012.

Selain dari sukaneka, turut disediakan pada karnival tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS, derma darah dari Hospitan Queen, gerai-gerai jualan dan pameran. Selain itu acara ibubapa juga tidak ketinggalan, dimana acara pertandingan melipat kain untuk kaum ibu dan acara larian 4 x 100m untuk kaum bapa turut diadakan.

Pemenang keseluruhan sukaneka pada tahun ini dimenangi oleh PASTI Al-Islah, Kg. Lobou yang memenangi hampir kesemua acara. Manakala PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana telah memenangi acara perbarisan lintas hormat.

Gambar sekitar karnival sukaneka PASTI

 Perbarisan dari PASTI As-Solihin Taman Puterajaya

Pemenang perbarisan lintas hormat dari PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana


 Acara isi air dalam botol

Acara membawa bola pingpong dalam sudu

 Pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS

 Acara kaum ibu, pertandingan melipat kain

Sebahagian ibu bapa dan hadirin yang hadir memenuhi ruang utama

 Penasihat PASTI Kawasan Sepanggar meyampaikan piala kepada pemenang

PASTI Al-Islah, Kg. Lobou, juara keseluruhan sukaneka menerima hamper dan piala pusingan

Jumpa lagi pada Karnival Sukaneka PASTI Sepanggar tahun depan.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain