Ibadah korban bersama penduduk Kg Karambunai

2 comments

20 Nov, Karambunai: Dewan pemuda PAS Sepanggar melalui Unit Amal kawasan bersama-sama penduduk Kg. Karambunai telah berjaya melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Bagi tujuan itu seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Selain dari itu, majlis korban ini juga telah mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan penduduk setempat dengan Jabatan Amal kawasan Sepangar.




Menurut penduduk yang ditemui, majlis sedemikian telah agak lama tidak diadakan dikampung mereka serta sangat mengalu-alukan kehadiran unit amal yang sudi bersama-sama penduduk melaksanakan ibadah korban.

Semoga ibadah yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya.

Gambar sekitar majlis korban
Penyembelihan korban

Bersama pemuda Ble'rong melapah daging korban

Daging korban ditimbang sebelum diasingkan

Beramah mesra bersama penduduk setempat

Mengedar daging dari rumah ke rumah

Konvokesyen PASTI kali ke-20 zon pantai barat meriah

1 comments

7 Disember, Kota Kinabalu: Bertempat di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS Kota Kinabalu telah berlangsung majlis konvokasyen PASTI zon pantai barat. Sebanyak 17 buah PASTI disekitar kawasan Sepangar dan Putatan yang terdiri daripada 221 pelajar terlibat pada majlis konvokasyen kali ini.

Konvokasyen ini telah dirasmikan oleh YB Salehuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian. Pada majlis tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang telah memberi kepercayaan kepada PASTI bagi mendidik anak-anak mereka. Ini seterusnya membuktikan bahawa sistem pendidikan PASTI yang berteraskan Islam sememangnya telah diterima oleh masyarakat, malah terdapat juga ibu bapa dari kalangan bukan Islam yang turut sama memberi sokongan.

Pada konvokasyen kali ini, dua murid dari PASTI Likas telah diumumkan sebagai pelajar terbaik mewakili murid lelaki dan perempuan.

Gambar sekitar Konvokasyen PASTI Pantai Barat kali ke-20

Bergambar bersama jawatankuasa Konvokesyen, turut sama adalah pelajar PASTI dari kalangan bukan Islam (dihadapan sekali)

Unit Amal sentiasa membantu kelancaran program PASTI

YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) menyampaikan sijil kepada pelajar PASTI.

Dinobat sebagai pelajar terbaik PASTI

Persembahan dari pelajar PASTI

Pelajar PASTI menyampaikan puisi dengan penuh bersemangat pada majlis tersebut

Ucapan perasmian oleh YB Sahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian)

Antara tetamu kehormat yang hadir, juga kelihatan Hj Aminudin Aling (Tim. Pesuruhjaya PAS Sabah) berbaju merah

Sebahagian pelajar PASTI yang hadir pada majlis konvokasyen

Ibu bapa memenuhi setiap ruang duduk Dewan Sa'adah, Wisma MUIS.

Pada kesempatan ini DPP kawasan Sepangar mengumumkan pembukaan sekolah rendah ISLAM yang akan memulakan sesi pengambilan tahun hadapan. Kepada ibu/bapa yang berminat sila berhubung pada maklmat dibawah:

Ust Anuar Ali : 013-8560679

PRK Batu Sapi: Tahniah kepada jentera pemuda Sepangar

0 comments

Keputusan piliharaya kecil Batu Sapi telah pun diketahui. Walaupun kemenangan berpihak kepada BN, namun hakikatnya kejayaan itu adalah milik orang-orang yang beriman. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Al-Baqarah:5)



Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang turun membantu di PRK Batu Sapi khususnya ahli DPP Sepangar. Walaupun terdapat dikalangan pemuda yang terpaksa mengambil cuti dan mc, namun semangat perjuangan yang tidak luntur telah dibuktikan di batu Sapi.



Meskipun PRK Batu Sapi meletakkan calon PKR, namun kita yakin bahawa ruang dakwah serta membawa imej PAS ke tengah masyarakat terbuka luas. PAS Sabah telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan kempen di DUN Sekong, yang mana sekiranya di izinkan Allah kerusi DUN Sekong akan ditandingi oleh calon PAS pada PRU ke 13 nanti. Maka, PRK Batu Sapi lah masanya bagi pemuda-pemuda Islam menonjolkan imej serta akhlak terbaik kepada masyarakat setempat. Mudah-mudahan dengan itu akan terbuka hati mereka menerima perjuangan PAS untuk membela nasib mereka.



Sekali lagi saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pemuda yang turun serta kepada penyumbang-penyumbang dan juga mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan kami selama di Batu Sapi. Sesungguhnya perjuangan ini belum selesai dan tidak akan selesai sehingga jiwa dijemput oleh PenciptaNya. Inilah Ikrar Pemuda Sepangar: Selagi hayat dikandung badan, selagi itu perjuangan akan dijulang! Allahuakbar!!



Gambar sekitar aktiviti kempen:



Bergambar bersama adik Adi Putra semasa di Bilik Gerakan PAS

Saudara Arif menyediakan roti sosej kepada tetamu yang hadir

Saudara nurilhaq sedang menerangkan kezaliman BN terhadap rakyat

Kehadiran penduduk setempat pada siri 'wayang pacak' yang dijalankan

Operasi 'Hit and Run' yang dijalankan saban hari

Merayu undi pada hari mengundi

Ikrar pemuda ini akan kami teruskan sehingga dihujung usia

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain