TAHNIAH! MALAYSIA MAMPU MENJADI GERGASI 'BOLA' ASIA TENGGARA

0 comments

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010


Futsal persahabatan antara DPP Sepangar dan Belia Ble'rong

0 comments

26hb Dis: Bertempat di Gelanggang Futsal Tuaran, baru-baru ini telah diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara DPP Sepangar dengan pasukan futsal belia Ble'rong Karambunai. Perlawanan persahabatan ini merupakan retetan daripada aktiviti kemasyarakatan yang telah diadakan di kampung berkenaan baru-baru ini.

Seramai lebih 20 belia Ble'rong telah menyahut cabaran untuk beraksi di gelanggang futsal. Program yang pertama kali diadakan ini adalah bertujuan merapatkan ukhwah antara pemuda PAS kawasan dengan golongan belia di kawasan Sepangar.

 Perlawanan antara DPP (merah) dan Ble'rong (kuning)
 
 Pasukan Ble'rong menguasai perlawanan namun keputusan perlawanan 2-2

Semangat kesukanan dan persahahabatan yang ditunjukkan pada perlawanan tersebut telah membuktikan bahawa keakraban serta setiakawan merupakan asas kepada kerjasama berpasukan. Saifuddin Samsuddin dalam ucapan beliau berkata kerjasama antara DPP Sepangar dan belia tempatan ini merupakan satu usaha yang amat terpuji bagi mengeratkan ukhwah, malah perlawanan persahabatan seperti ini akan sentiasa di adakan pada masa-masa akan datang.

 Ucapan ringkas dari wakil DPP Sepangar

 Penyampaian hamper kepada pasukan belia Ble'rong

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai

PAS Sepangar berbakti tanpa mengira agama

0 comments

24hb Disember: Sempena perayaan Krismas yang akan disambut oleh penganut Kristian, Pas kawasan Sepangar melalui DPP kawasan telah sekali lagi membuktikan keperihatinan terhadap golongan yang tidak berkemampuan. DPP Sepangar menyedari bahawa bantuan yang disampaikan adalah tanggujawab sosial yang perlu dilaksanakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama. Bertempat di Kg. Lapasan, seramai lebih 25 keluarga yang kurang berkemampuan telah diraikan pada majlis penyerahan bantuan sempena perayaan Krismas yang akan mereka sambut pada keesokan harinya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Zahari Yusuf selaku JKKK kampung, Saudara Nazri Sulaiman yang juga NYDP PAS kawasan. Pada ucapan ringkas yang disampaikan oleh saudara Nazri Sulaiman, beliau telah menyatakan komitmen PAS kawasan Sepangar untuk sentiasa membantu masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa. Ini adalah kerana Islam mengajar umatnya agar sentiasa saling tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang berada dalam kesusahan.

 Sebahagian penduduk yang hadir untuk menerima bantuan

 Penduduk berasa gembira di atas keperihatinan PAS terhadap nasib mereka


Menurut Ketua DPP Sepangar saudara Saifuddin Samsuddin, bantuan yang dihulurkan ini juga adalah terdiri daripada sumbangan dari teman-teman kristian yang sudi menghulurkan wang kepada DPP untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Keceriaan jelas terpancar dari penduduk yang menerima sumbangan, serta rata-ratanya menyatakan terima kasih atas ingatan PAS terhadap nasib penduduk.

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432H

0 comments



Kami seluruh Jawatankuasa Pemuda PAS kawasan Sepanggar merakamkan ucapan, 

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432H


Jadikanlah HIJRAH serta pengorbanan nabi Muhammad s.a.w menubuhkan sebuah negara Islam Madinah sebagai semangat perjuangan kita dalam kehidupan seharian. Negara Islam Madinah, sebuah negara yang memberi hak kepada mereka yang berhak. Sebuah negara yang bebas dari sifat kezaliman sesama manusia. Sebuah negara yang bebas dari belenggu nafsu dan mendapat keluasan rahmat dari Allah. Marilah kita berdoa agar cita-cita kemuliaan Islam dan ketuanan Islam akan kembali kepada umat Islam suatu hari nanti.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain