Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

0 comments


 

Dewan Pemuda PAS hari ini telah genab 25 tahun mengharungi badai perjuangan di bumi Sabah. Sehubungan dengan itu DPP Sabah telah mengadakan pelancaran 'Pelancaran Jubli Perak' seterusnya sambutan Aidilfitri. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut dihadiri Saudara Aminudin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.


Kehadiran tetamu yang dari pelbagai kaum menunjukkan PAS Sabah telah diterima oleh rakyat Sabah seterusnya bersedia untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mentadbir pada masa hadapan. Pada ucapan Pelancaran Jubli Perak, Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu telah mengingatkan PAS kini telah menjadi harapan rakyat untuk menggantikan UMNO/BN yang terbukti gagal dalam mentadbir urus kerajaan sehingga berlaku gejala rasuah, ketirisan dan sebagainya. Dewan Pemuda PAS Sabah yang kini berusia 25 tahun dan sememangnya telah bersedia serta cukup pengalaman untuk mengambil alih pentadbiran dari UMNO/BN.

Gambar sekitar majlis:

 Antara tetamu yang hadir

 Pimpinan-pimpinan PAS negeri Sabah menyaksikan tayangan video yang disediakan

 Tetamu menjamu selera

Masyarakat dari Tionghua juga turut sama menyerikan majlis

PAS kawasan Sepanggar menganjur 'Majlis Jamuan Hari Raya bersama Tn. Hj. Mohammad Sabu

0 comments

Pada 16 September baru-baru ini PAS kawasan Sepanggar telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya. Program yang diadakan di Kg.Suang Parai ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat dengan kehadiran mereka yang memenuhi khemah tetamu. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS.

 Tn. Hj. Mohammad Sabu sudi menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang hadir

 Antara tetamu yang hadir memenuhi khemah bagi mendengar ucapan Tim. Presiden PAS

Menurut pengarah program En. Nazri Sulaiman, "Program sebegini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam, bersungguh-sungguh menjayakan agenda 'Negara Berkebajikan'. Kehadiran PAS bukan untuk membawa perpecahan, tetapi PAS hadir sebagai sebuah bahtera penyelamat kepada rakyat yang kini sengsara kerana kezamilan demi kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu".

Pemuda terus berbakti

PAS Kawasan Sepanggar melalui dewan pemudanya terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat dan jemu. Ini dibuktikan dengan program Ihya' Ramadhan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Pelbagai program telah diaturkan, antaranya edaran bubur lambuk, sumbangan barang keperluan, ziarah hospital, edar risalah dan sumbangan kurma. PAS kawasan juga berjaya mengaturkan solat taraweh secara berjamaah di Pejabat PASTI kawasan di Universiti Appartment pada setiap malam sepanjang Ramadhan.

Sehubungan dengan itu, DPP kawasan Sepanggar ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera pemuda yang telah mengerah tenaga bagi menjayakan setiap program yang diaturkan. Seterusnya terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menyampaikan sumbangan, semoga ianya kelak menjadi amalan yang baik disisi Allah s.w.t.


Berita Bergambar:

 Kaum ibu turut membantu memasak bubur lambuk

 Bubur Lambuk sedia untuk diedarkan
 
 Antara penerima sumbangan barangan keperluan

Saudara Nazri Sulaiman yang juga Naib Yang Dipertua PAS kawasan Sepanggar, menyampaikan sumbangan

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain