UMNO menyalah guna permis awam

0 comments

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyelar tindakan UMNO Sepanggar yang menggunakan primis sekolah bagi mengadakan program parti. Tindakan ini hanya menunjukan bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan hak harta awam untuk kepentingan parti.

Program anjuran UMNO bahagian ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kg. Likas dimana masyarakat setempat dijemput manakala bendera UMNO memenuhi kawasan pagar sekolah. Tindakan terdesak UMNO ini hanya memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya bergantung harap pada jentera serta permis kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti.

Permis Sekolah Kebangsaan Kg. Likas, Kota Kinabalu digunakan untuk kepentingan UMNO

DPP Sepanggar juga mendesak agar pihak berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri memberi perhatian penuh terhadap tindakan mana-mana parti politik yang menggunakan banggunan awam untuk kepentingan individu. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar, Saifuddin Samsuddin "Tindakan UMNO ini sebenarnya mendapat tentangan dari parti kompenan mereka sendiri, apabila UMNO dibenarkan menggunakan permis sekolah, tetapi PBS, UPKO, PBRS dan lain-lain parti seolah-olah tidak ada hak untuk menggunakan permis sekolah untuk tujuan politik mereka".

Selain dari itu Ketua Pemuda juga merasa kecewa kerana institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak bangsa mendapat pendidikan awal telah disalah gunakan oleh UMNO. Beliau menuntut agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang.

Selamat Hari Guru

0 comments

Hari ini seluruh dunia merayakan 'Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan penghargaan besar kepada kerjaya perguruan. Sesuai dengan sumbangan yang tidak ternilai seorang guru yang mendidik para pelajar tanpa mengenal erti letih dan kecewa, malah dunia perguruan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada insan yang bergelar 'guru'.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar pada kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh guru-guru di Malaysia yang terlibat dalam perbagai bidang lapangan perguruan. Mereka bukan sekadar pengajar, namun mereka adalah pendidik, pengasuh dan pembentuk generasi masa depan negara. Ditangan mereka generasi Islam terbentuk dan ditangan mereka jugalah generasi bangsa terasuh.

Sesuai dengan tanggungjawab ilmu yang mereka pikul, Allah s.w.t telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu;

Firman Allah taala di dalam Al-Quran :
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Sehubungan dengan itu juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar akan mengadakan 'Majlis Sambutan Hari Guru PASTI' peringkat kawasan Sepanggar' pada 19 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Tang Dynasty sebagai menghargai jasa-jasa mereka sepanjang menabur bakti. Pada majlis tersebut, Anugerah Guru Cemerlang, Guru Harapan dan Guru Komited akan disampaikan. Seramai 26 orang guru daripada 8 buah PASTI di Sepanggar akan diraikan pada majlis tersebut nanti.


Akhir kata;
"Selamat Hari Guru, Guru Cemerlang, Insan Terbilang"

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar
Saifuddin Samsuddin

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain