DPPK Sepanggar Beri Sumbangan Mangsa Kebakaran Kg. Rampaian.

0 comments

22 september 2013- Kg. Rampaian, Sepanggar. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sepangggar pada hari ini telah menghulurkan sumbangan berupa beras, bag sekolah dan pakaian terpakai kepada 13 keluarga mangsa kebakaran di Kg. Rampaian. Kebakaran melibatkan kemusnahan harta benda dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit telah menyebabkan 13 mangsa kebakaran hilang tempat tinggal. Menurut mangsa, kebakaran berpunca daripada kanak-kanak yang bermain api.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh saudara Abdillah Matlin yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar kepada wakil keluarga yang terlibat.

Menurut beliau, hasil sumbangan diperolehi menerusi tabung derma kilat yang dilancarkan melalui media sosial serta orang perseorangan yang menyumbang.

"Setelah kita mendapat berita tentang kebakaran di kampung ini (Rampaian), kita terus melancarkan tabung derma kilat mangsa kebakaran Rampaian menerusi laman sosial. Kita juga turut menghubungi beberapa rakan-rakan yang berkemampuan utk menghulurkan sumbangan. Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang."

Mangsa kebakaran Kg. Rampaian turut melahirkan rasa kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada DPPK Sepanggar di atas keprihatinan PAS terhadap mereka.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain