Keselamatan: Sallehuddin Ayub seru rakyat Sabah buat perubahan
17Mac, KOTA KINABALU: Isu keselamatan yang semakin
meruncing di Sabah boleh diselesaikan jika rakyat negeri itu membuat perubahan
sebenar dalam politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Naib Presiden PAS YB Hj. Sallehuddin Ayub berkata,
Sabah, Sarawak dan Johor merupakan negeri-negeri simpanan tetap Barisan Nasional
atau dikenali sebagai “fixed deposit” untuk terus berkuasa memerintah dipusat.
Beliau menggesa rakyat negeri itu supaya berani
melakukan perubahan disaat Malaysia menerima gelombang tsunami pilihanraya
disemenanjung dan bayu perubahan mula menyapa negeri di bawah bayu ini.
Beliau yang ketika ini merupakan Ahli Parlimen
Kubang Kerian berkata tidak teragak-agak untuk melepaskan kerusi yang disandang
sekarang dan akan bertanding di Johor demi memecahkan kubu terkuat Umno
disemenanjung sekaligus meletak harapan tinggi 12 kerusi bakal ditawan oleh
Pakatan Rakyat kelak.
Pengalaman berada dalam arena politik selama 30 tahun, menyaksikan penghapusan ISA, akta polis dan Ordinan Darurat sebagai salah satu kemenangan ke atas suara rakyat.
"Sudah 50 tahun lebih Umno BN memerintah, namun masalah-masalah utama rakyat di negeri Sabah masih lagi tidak dapat diselesaikan. Di tambah lagi isu keselamatan di Lahad Datu yang berada pada tahap membimbangkan.
"Selaku kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara seharusnya tidak memandang lesu atas isu ini sekaligus memelihara kedaulatan negara kita yang tercinta. Namun, perkara tersebut tidak terjadi. Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat negeri Sabah membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan rakyat Kampung Suang Parai di Pelancaran Kempen Keamanan Untuk Sabah semalam.
Terdahulu sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling dalam ucapannya turut menggesa agar penduduk Sabah segera melakukan perubahan dan tidak tersalah memilih ketika proses pembuangan undi.
Katanya juga, isu tanah yang tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan Barisan Nasional dengan membiarkan permohonan geran tanah bertangguh sekian lama.
Beberapa wakil pimpinan pakatan rakyat yang lain juga turut menggesa agar perubahan politik di negeri Sabah perlu dilakukan.
Sila tinggalkan pesan anda di sini
Post a Comment