Pejabat PAS Kawasan Sepanggar dibuka.

0 comments


4hb Oktober menjadi titik sejarah bagi PAS seterusnya Pakatan Rakyat di Sabah apabila dengan rasminya Pejabat PAS Kawasan Sepanggar telah dibuka. Pejabat tersebut yang dikongsi bersama PKR Cabang Sepanggar dinamakan Pusat Penerangan PAS dan PKR. Majlis perasmian yang bermula dengan solat isya berjemaah dan solat hajat tersebut telah dihadiri hampir 100 orang ahli dari kalangan PAS dan PKR.

Antara yang memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah YDP PAS Kawasan Sepanggar, Pengerusi PKR Cabang Sepangggar (Hj. Sulaiman), Ahli Majlis Tertinggi PKR (Hj. Ansari) dan seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah(Hj. Amin). Turut hadir dimajlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah (Sdr Lahirul).

Kedudukan Pejabat ini yang sangat strategik iaitu hanya 5km dari Universiti Malaysia Sabah dan berhampiran dengan jalan utama memudahkan orang ramai untuk mendapat maklumat dan seterusnya memberi khidmat kepada rakyat. Semoga dengan adanya pejabat PAS Kawasan Sepanggar ini akan melonjakkan lagi perjuangan PAS di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu.

Berikut adalah alamat pejabat PAS Kawasan Sepanggar:-

Pusat Penerangan PAS-PKR Sepanggar,
Tingkat 1, Apartment University
Kota Kinabalu, Sabah.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain