Sepanjang Perjalanan Ke Sandakan Sempena Himpunan Isu Tanah

1 comments

23 Oktober (Sandakan): Sempena Himpunan Rakyat Sabah Isu Tanah (HEMPAS) yang akan diadakan pada 24 Oktober (ahad) Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar bersama-sama 15 orang anggota telah berkonvoi ke Sandakan. Turut sama di dalam konvoi ini ialah Saudara Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang juga penyelaras HEMPAS.


Rombongan bersiap sedia untuk mengedar risalah

Saudara Mazlan Aliman sedang menyampaikan ceramah di atas kenderaan

Perjalanan konvoi ini telah singgah dibeberapa lokasi untuk mengedarkan risalah, antaranya pekan Kundasang, Ranau dan Telupid. Selain dari itu, ceramah juga turut diadakan di beberapa lokasi terpilih. Konvoi telah bergabung dengan kawasan Keningau, Kota Belud dan Membakut di Pekan Ranau. Pada perjalanan tersebut, kami telah bertembung dengan pergerakan berpuluh trak serta kenderaan polis yang juga bergerak ke Sandakan. Diharapkan pasukan polis akan bertugas menjaga keselamatan sepanjang proses pilihanraya dengan penuh tanggungjawab.

Rombongan selamat tiba di Sandakan pada pukul 9 malam.

Munaqashah Ucapan Dasar oleh Ust. Nasaruddin Tantawi

0 comments

17 Oktober (Kota Kinabalu): Bertempat di Dewan Likas, telah berlangsung program Munaqashah Ucapan Dasar yang di sampaikan oleh Ust Nasaruddin Hassan Tantawi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada sesi pembentangan kertas kerja Ust. Nasaruddin telah menggariskan 10 peraturan Am yang perlu dilaksanakan oleh ahli PAS bagi menjayakan ucapan dasar.

Pembentangan kertas kerja munaqashah oleh Ust. Nasaruddin Hassan

Munaqashah pada kali ini mencatatkan satu lagi sejarah besar PAS, khususnya PAS kawasan pantai barat, yang mana 11 kawasan telah menghantar wakil bagi mengikuti munaqashah pada kali ini. Antaranya ialah Tenom, Keningau, Papar, Beaufort, Putatan, Sepanggar, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Kehadiran peserta yang melebihi 100 orang peserta melangkaui jangkaan penganjur.

Pada majlis tersebut juga, telah diadakan majlis penyerahan borang keahlian PAS oleh kawasan Beaufort (penaja). Sebanyak 120 borang keahlian baru dari masyarakat setempat telah diserahkan kepada Ust. Nasaruddin Hassan Tantawy.

Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah yang telah berjaya menganjurkan program ini.

Kehadiran peserta dari 11 PAS kawasan

Penyerahan borang keahlian oleh PAS kawasan Beaufort

Peserta memberi tumpuan kepada pembentangan munaqashah

Penubuhan DPP Kawasan: PAS semakin berkembang di Sabah

0 comments

16 Okt (Kota Kinabalu)- Penyerahan borang permohonan penubuhan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan baru, yang terdiri daripada DPP Sepanggar, DPP Putatan dan DPP Kota Belud membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat dan telah berkembang khususnya di negeri Sabah. Majlis penyerahan borang tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Al-Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Pada majlis yang sama juga, Ust. Nasaruddin telah merasmikan pejabat baru DPP negeri Sabah yang bernilai RM150,000.00. Terletak di Kigfisher, Likas, Kota Kinabalu, pejabat ini juga akan beroperasi sebagai pusat aduan rakyat.


Ust Nasaruddin Hassan Tantawi merasmikan pejabat baru Dewan Pemuda PAS negeri Sabah

Bergambar bersama sebahagian exco pemuda PAS negeri Sabah

Pada majlis ceramah yang diadakan tersebut, Ust. Nasaruddin mengingatkan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS ini akan menghadapi rintangan dan halangan yang besar. Oleh yang demikian perjuangan ini memerlukan pemuda yang istiqamah dan sabar. Turut sama pada ceramah tersebut ialah Saudara Hisyamuddin Sulaiman yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Aminudin Aling selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Saudara Razak Jamil yang juga Ketua AMK negeri Sabah.

Pejabat Pemuda PAS negeri Sabah, terletak di tingkat tiga (berhadapan dengan Hospital Likas)

HIMPUNAN 10 RIBU RAKYAT SABAH: ISU TANAH

0 comments

PAS BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT MENJEMPUT SEKELIAN RAKYAT SABAH UNTUK HADIR PADA HIMPUNAN YANG BERSEJARAH INI. MASA UNTUK KERAJAAN BN/UMNO MENYELEWENG HAK RAKYAT SABAH TELAH BERAKHIR. KINI MASANYA UNTUK RAKYAT SABAH BANGUN MENUNTUT HAK.





(clik pada poster untuk lebih jelas)



INFO Program





Himpunan julung-julung kali ini akan di adakan pada 24 Oktober 2010 (Ahad) bermula pada pukul 8.00 pagi.

Himpunan akan diadakan di Dewan Sekolah Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu. Antara pengisian yang akan diadakan ialah,

  1. Pembentangan kertas kerja
  2. Sesi soal jawab bersama panel pembentang
  3. Khidmat nasihat dari peguam

Pada sebelah malam akan diadakan ‘Ceramah Umum’ dari pemimpin Pakatan Rakyat.





Terdapat juga gerai jualan serta persembahan kebudayaan.



Datanglah beramai-ramai..



Perubahan tempat iaitu di Dewan Persatuan Hakka, Sandakan


 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain