Taman Indah Permai tiada kemudahan masjid

Taman Indah Permai merupakan antara taman yang menghadapi masalah kemudahan masjid. Terletak di kawasan Sepanggar, taman ini mempunyai penduduk yang majoritinya muslim yang mencecah hampir 1000 orang. Malah terdapat juga penempatan asrama pelajar UMS di sini. Malangnya taman ini tidak mempunyi masjid untuk kemudahan umat Islam beribadat. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menunaikan ibadah solat 5 waktu secara berjamaah dan solat Jumaat.

Google Maps: Kemudahan masjid yang tidak disediakan untuk umat Islam Taman Indah Permai (klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Rata-rata penduduk dan pelajar UMS yang ditemui meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang berwajib kerana mengabaikan kemudahan asas umat Islam. Malah untuk menunaikan solat Jumaat, penduduk serta pelajar UMS terpaksa untuk pergi ke masjid perkampungan berdekatan, yang hanya dapat memuatkan ahli jamaah kampung mereka sahaja.

Deretan kedai Taman Indah Permai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli keperluan harian

Menurut seorang penduduk yang tidak mahu dikenali, beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini telah lama di sampaikan kepada pihak-pihak tertentu. Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindakan lanjut yang diambil. Menurut beliau lagi, Taman Indah Permai bukan sahaja sebuah taman perumahan, tetapi di sini juga terdapatnya pasar raya Giant dan Mini Mall yang menjadi tumpuan orang ramai. Oleh itu, kebanyakkan dari orang ramai dan para peniaga akan menghadapi masalah untuk mencari tempat menunaikannya solat apabila masuk waktu.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melihat perkara ini sebagai satu lagi kegagalan kerajaan negeri mengurus kepentingan umat Islam di Sabah. Perkara sebegini tidak akan terjadi sekiranya kerajaan negeri mengutamakan kemudahan dan kepentingan rakyat. Memandangkan kawasan ini adalah majoriti muslim, sepatutnya sejak dari awal lagi kerajaan negeri telah mengambil kira untuk menyediakan kemudahan masjid untuk umat Islam.

Sikap kerajaan negeri yang mengambil lewa dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan ini bakal mengundang masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Sekiranya masjid yang menjadi nadi ukhwah, medan ilmu dan pengisian jiwa tidak ada, maka masyarakat yang bagaimanakah yang ingin dilahirkan. Mungkinkah masyarakat yang lalai dan lupakan pada tuhan yang ingin dilahirkan oleh kerajaan negeri.

Sebubungan dengan itu, DPP Sepanggar hari ini mendesak agar kerajaan negeri segera menyelesaikan permasalahan penduduk Taman Indah Permai. DPP Sepanggar tidak teragak-agak untuk memanjangkan perkara ini bagi memastikan kepentingan umat Islam terbela dan tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri Sabah.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 orang telah meninggalkan pesan

Admin said...

Betul tu. klu saya ke IP, memang susah nak solat. Nasib baiklah ada ihsan dari kedai Warisan2U.com di blok kedai yang berdepan dengan KFC

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain