Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Sepanggar Santuni Mangsa Kebakaran Kg. Numbak.

26 comments





6 Oktober 2013, Menggatal- Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar pada hari ini telah datang ke Dewan Masyarakat Menggatal bagi menyantuni mangsa kebakaran di Kg. Numbak selasa lalu. DPPK Sepanggar telah menyediakan juadah bubur lambuk kepada 300 orang mangsa kebakaran.

Setakat ini, mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan Masyarakat Menggatal dan masih menunggu tindakan selanjutnya daripada Yang Berhormat Datuk Jainab ahli DUN Karambunai. Menurut salah seorang wakil mangsa kebakaran, mereka telah menerima bantuan berupa pakaian terpakai, keperluan makanan dan wang ringgit daripada badan-badan bukan kerajaan. Namun, bantuan yang dihulurkan masih belum mencukupi. Mangsa kebakaran masih mengharapkan bantuan daripada orang ramai.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sepanggar, Abdillah Matlin, dalam ucapannya dihadapan 300 orang mangsa kebakaran menyatakan DPPK Sepanggar akan berusaha membantu mangsa kebakaran dalam masa terdekat dan berharap orang ramai khususnya anak muda tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.

"Di p
eringkat kita, Pemuda Pas Sepanggar, sangat berbesar hati menghulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa kebakaran. Dan selepas ini akan berusaha mengumpulkan lebih banyak sumbangan kepada anda (mangsa). Saya turut menggesa masyarakat, khususnya anak muda dapat tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kg.Numbak".

Mangsa kebakaran Kg. Numbak mengucapkan jutaan terima kasih kepada DPPK Sepanggar diatas juadah yang disediakan. Pada tahun ini sahaja, Kg. Numbak telah mencatatkan kebakaran sebanyak 2 kali. Kg. Numbak juga merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam projek pembangunan jalan raya di Sepangar oleh pihak kerajaan

Bual Bicara Bersama Datuk Husam Musa

2 comments

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah menganjurkan program Bual Bicara bersama Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas Malaysia, bertempat di Tang Dynasty Hotel, Sepanggar.

Program ini telah dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, anak muda, mahasiswa, pimpinan parti serta masyarakat umum. Turut hadir bersama ialah Dr. Raja Iskandar al-Hiss, yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Program bual bicara yang berlansung selama 2 jam ini, dipengerusikan sendiri oleh Saudara Abdillah Matlin, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sepanggar.

Diharap dengan penganjuran program sebegini dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat dan menjelaskan isu-isu nasional kepada masyarakat khususnya di kawasan Sepanggar. Pada akhir majlis telah adakan sesi pelancaran Institut Kajian Strategik DPPK Sepanggar oleh Datuk Husam sendiri.

"Merakyat Perjuangan, Memimpin Perubahan"

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain