Jom ke Karnival PASTI Sepanggar 2012

0 comments

123BANGKIT: Kerajaan UMNO/BN Sabah terdesak

1 comments

Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):

[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!

Lahirul Latigu,
Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa pihak penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.


Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".

NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.

Azhan Atan bersama Santai Anak Muda

1 comments

Dewan Pemuda Sepanggar baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program Santai Anak Muda yang menampilkan bekas Juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan. Program yang dianjurkan ini membuktikan bahawa PAS khususnya Dewan Pemuda sentiasa mencari alternatif terbaik sebagai ganti kepada hiburan yang melalaikan.

Program yang diadakan di perkarangan Pasaraya Lintas ini mendapat sambutan dari para tetamu yang hadir serta pelanggan yang kebetulan berada di lokasi tersebut. Saudara Azhan Atan telah menyampaikan beberapa buah lagu dan diakhiri dengan alunan zikir yang menenagkan jiwa. Rata-rata tetamu yang hadir sangat gembira dan terkejut dengan pendekatan yang dibawa oleh DPP Sepanggar serta mengalu-alukan program sebegini diadakan pada masa-masa akan datang.

Gambar sekitar program:



PAS kawasan Sepanggar cabar UMNO turun 123 BANGKIT

0 comments

Berikutan himpunan kembalikan tanah adat '123BANGKIT' yang akan diadakan pada 12hb Mac 2012 nanti, PAS kawasan Sepanggar hari ini mencabar agar UMNO turun bersama-sama rakyat bagi mempertahankan hak rakyat Sabah. Sekirannya UMNO tidak berbuat demikian, ini bermakna slogan mereka 'Tradisi Membela Rakyat' hanyalah retorik semata-mata. Malah menunjukan bahawa UMNO bersama-sama BN Sabah perlu dipersalahkan sekiranya hak-hak tanah adat di Sabah tergadai pada masa akan datang.


Program himpunan tersebut adalah anjuran sebuah NGO 'Bela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). PAS Kawasan Sepanggar dengan ini akan menyokong penuh himpunan tersebut dan akan turun bersama-sama rakyat. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar saudara Saifuddin Samsuddin, Dewan Pemuda kawasan Sepanggar sedang mengadakan roadshow dari kampung ke kampung bagi menerangkan isu ini kepada seluruh masyarakat tempatan. DPP Sepanggar juga akan menggerakan ahli berserta masyarakat sekitar Sepanggar untuk turun bersama-sama ke perhimpunan tersebut nanti. Pada himpunan tersebut satu memorandum akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut jaminan dan pengembalian status tanah adat yang dinafikan.

Lokasi dan laluan perhimpunan '123 BANGKIT'



Sehubungan dengan itu rakyat Sabah diseru untuk berkumpul di lapangan parkir kereta Anjung Selera, Teluk Likas seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke Wisma Innoprise untuk penyerahan memorandum tersebut. Sebarang maklumat terkini berkaitan himpunan tersebut boleh di ikuti di laman facebook [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit).

Himpunan Isu Tanah dan Makan Malam bersama Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

0 comments

Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihanraya
Bersama YAB Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) pada 18hb Mac 2012 d Star City Conference Asia City. Turut hadir sama ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang). Sila hubungi 0138857019 (Wan) untuk mendapatkan tiket.



Himpunan: 123 BANGKIT
Penyerahan memorandum Isu Tanah Adat Negeri Sabah bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Berkumpul pada 12hb Mac 2012, pukul 9.00 pagi. NGO, Parti Politik dan semua rakyat yang prihatin dijemput hadir untuk menyatakan hak. Anjuran: TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)


 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain