Tahniah dan Syabas!

3 comments

Kesempatan ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPK Sepanggar) mengucapkan tahniah kepada semua adik-adik lepasan SPM dan STPM yang baru sahaja mendapat keputusan. Apa jua keputusan yang kalian perolehi itu sebenarnya adalah kejayaan, kerana sudah pasti anda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

"Usaha bersungguh-sungguh itulah kejayaan yang sebenar"


Cabaran masa depan lebih besar, teruskan usaha. DPPK Sepanggar mendoakan agar kalian mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Keselamatan: Sallehuddin Ayub seru rakyat Sabah buat perubahan

1 comments

17Mac, KOTA KINABALU: Isu keselamatan yang semakin meruncing di Sabah boleh diselesaikan jika rakyat negeri itu membuat perubahan sebenar dalam politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Naib Presiden PAS YB Hj. Sallehuddin Ayub berkata, Sabah, Sarawak dan Johor merupakan negeri-negeri simpanan tetap Barisan Nasional atau dikenali sebagai “fixed deposit” untuk terus berkuasa memerintah dipusat.

Beliau menggesa rakyat negeri itu supaya berani melakukan perubahan disaat Malaysia menerima gelombang tsunami pilihanraya disemenanjung dan bayu perubahan mula menyapa negeri di bawah bayu ini.

Beliau yang ketika ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata tidak teragak-agak untuk melepaskan kerusi yang disandang sekarang dan akan bertanding di Johor demi memecahkan kubu terkuat Umno disemenanjung sekaligus meletak harapan tinggi 12 kerusi bakal ditawan oleh Pakatan Rakyat kelak.


 Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir
“ The ground there is encouraging dan kita mensasarkan 12 kerusi kita tawan pada PRU 13”, jelas beliau.

Pengalaman berada dalam arena politik selama 30 tahun, menyaksikan penghapusan ISA, akta polis dan Ordinan Darurat sebagai salah satu kemenangan ke atas suara rakyat.

"Sudah 50 tahun lebih Umno BN memerintah, namun masalah-masalah utama rakyat di negeri Sabah masih lagi tidak dapat diselesaikan. Di tambah lagi isu keselamatan di Lahad Datu yang berada pada tahap membimbangkan.

"Selaku kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara seharusnya tidak memandang lesu atas isu ini sekaligus memelihara kedaulatan negara kita yang tercinta. Namun, perkara tersebut tidak terjadi. Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat negeri Sabah membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan rakyat Kampung Suang Parai di Pelancaran Kempen Keamanan Untuk Sabah semalam.
 
 Orang ramai memenuhi kerusi yang sediakan oleh penganjur
Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sepanggar saudara Zulfikar Abd Mijan, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sepanggar Tuan Hj Aspal Sulaiman, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sepanggar Tuan Hj. Karim serta seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan Sepanggar yang lain.

Terdahulu sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling dalam ucapannya turut menggesa agar penduduk Sabah segera melakukan perubahan dan tidak tersalah memilih ketika proses pembuangan undi.

Katanya juga, isu tanah yang tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan Barisan Nasional dengan membiarkan permohonan geran tanah bertangguh sekian lama.
Disamping isu keselamatan Kampung Air yang cuba ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, seharusnya membuka mata dan minda penduduk negeri itu dari terus memilih Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Beberapa wakil pimpinan pakatan rakyat yang lain juga turut menggesa agar perubahan politik di negeri Sabah perlu dilakukan.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain