Pemuda PAS Sepanggar menyampaikan sumbangan buku Iqra

1 comments

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan menyampaikan sumbangan 50 buah buku Iqra untuk kegunaan kelas KAFA di salah sebuah masjid di Inanam. Sumbangan yang disampaikan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri yang berada di Sabah baru-baru ini.

 Bergambar bersama-sama wakil guru KAFA yang menerima sumbangan buku Iqra

Pada ucapan ringkas beliau, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi mengingatkan agar masjid perlu sentiasa diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu, kerana ianya sebahagian dari perjuangan umat Islam bagi memastikan generasi akan datang merupakan generasi yang cintakan Islam.

DPP Sepanggar sentiasa dan akan terus berbakti kepada masyarakat dari masa kesemasa. Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang yang ingin membantu. 

"PAS Pilihan Rakyat Sabah"

Pemuda PAS Sabah: Rakyat Mesti Beralih Dari 'Perkara 20' Kepada 'Perjanjian Malaysia 1963'

1 comments

Salam Perjuangan,

Jika dulu '20 Perkara' ini diketagorikan sebagai isu sensitif, namun sekarang ianya tidak lagi. Orang ramai sudah mula menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun saya dikhabarkan bahawa '20 Perkara' sebenarnya tidak wujud, bahkan tiada dokumen yang sah.

Baru-baru ini, isu ini diperkatakan kembali di dada-dada akhbar apabila kenyataan bertentangan daripada dua pemimpin BN Sabah. Datuk Salleh mengatakan ’20 Point no longer valid’ dan ini mengundang kemarahan kebanyakan pihak. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Datuk Salleh, Ongkili mengatakan bahawa ‘20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila’. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu

“20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan,"




Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa
"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom.
Petikan dalam laman Wikipedia pula tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut.
"Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja."
Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara tersebut. Sekiranya dikatakan '20 Perkara' sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14, namun ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi. Maka, '20 Perkara' sebenarmya tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Sekiranya masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya '20 Perkara', sila buktikan di manakah dokumen tersebut?

Maka dengan itu, Pemuda PAS Sabah bersama-sama DPP Sepanggar mengajak rakyat untuk kembali beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk diperjuangkan.  Tinggalkan '20 Perkara' kerana BN sendiri mula menolak kewujudannya dan kembali beralih kepada dokumen  perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan).

Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20?

Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO tempatan bagi memahamkan rakyat berkaitan isu ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhwan Nain
Ketua Penerangan DPP Sepanggar

Kotobian Tagazo Do Kaamatan

0 comments

Sempena sambutan pesta menuai, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar merasakan belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Kaamatan' (pesta menuai) kepada rakyat Sabah keseluruhannya. Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei ini merupakan sambutan masyarakat tempatan bagi meraikan dan melahirkan rasa kesyukuran terhadap hasil tuaian yang diperolehi oleh petani di Sabah.

Saudara Ajijul Jullirin yang juga Tim. Ketua DPP Sepanggar menyampaikan sumbangan keperluan kepada salah seorang penduduk Kg. Keliangau

Bergambar bersama-sama wakil DAP kawasan yang turut sama ke Kg. Keliangau

DPP Sepanggar juga pada kesempatan ini telah mengunjungi Kg. Keliangau bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari DAP Sepanggar yang diketuai oleh saudara Jeffry.

Semoga sambutan pesta menuai pada tahun ini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t yang melimpahkan rezki kepada seluruh hamba-hambaNya.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain