Program Pemuda Turun Kawasan

1 comments

Terlebih dahulu seluruh jawatankuasa pemuda PAS kawasan Sepanggar mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun sebelum ini. Teruskan pesta Ibadah.



Juga sempena dengan suasana ramadhan kali ini, beberapa program telah di aturkan oleh pemuda. Antaranya JK Pemuda telah memutuskan untuk melaksanakan program induk iaitu 'Program Pemuda Turun Kawasan' atau lebih dikenali sebagai 'prokas'. Antara program yang akan diaturkan adalah mengimarahkan masjid dan surau di sekitar Karambunai. Selain dari itu program edaran risalah berbentuk penerangan dan dakwah juga akan diadakan di beberapa 'bazar ramadhan' terpilih.

Semoga dengan adanya usaha seperti ini akan menambahkan lagi kefahaman masyarakat terhadap Islam seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan selamat.

Amir Saifuddin Samsuddin
Ketua Pemuda Pas Kawasan Sepanggar.

Takziah kepada seluruh keluarga Ust Asri

0 comments

Malaysia menerima sekali lagi berita kehilangan seorang pejuang cekal di dalam bidang dakwah, setelah pemergian ADUN Permatang Pasir baru-baru ini. Kali ini seorang pendakwah di dalam bidang seni iaitu Mohamad Asri Ibrahim atau dikenali sebagai Ustaz Asri (vokalis Rabbani). Berita pemergian Ust Asri saya terima melalui beberapa laman web termasuk web harakahdaily. Pemergian beliau mengadap Ilahi diusia semuda 40 tahun telah mengejutkan banyak pihak. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang soleh amalannya. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau. Semoga dilimpahkan kesabaran atas dugaan ini.

Ketua Pemuda & Seluruh Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu.

Penyebaran H4E1 dirancang

0 comments

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar baru-baru ini telah memutuskan untuk merancang dan menyebarkan H4E1. Walaubagaimana pun H4E1 bukanlah wabak merbahaya seperti H1N1, tetapi H4E1 bermaksud ‘Harakah For Everyone’. Perancangan H4E1 ini telah dirancang oleh Ketua Penerangan DDP Kawasan Sepanggar iaitu saudara Nader. ‘Harakah For Everyone' adalah satu konsep gerak kerja pemuda secara mingguan, ini bererti setiap dari pemuda PAS kawasan Sepanggar akan diwajibkan membeli harakah pada setiap minggu dan seterusnya akan diedarkan secara percuma kepada umum.

DPP Kawasan Sepanggar mengharapkan dengan gerakkerja ini, masyarakat akan mendapat maklumat yang lebih benar dan seterusnya mengelak dari menerima maklumat atau berita dari media perdana semata-mata. 'Harakah For Everyone' juga bertujuan untuk memupuk semangat bekerja untuk Islam pada setiap masa dan dimana sahaja dikalangan pemuda tanpa ada ‘stigma’ bekerja hanya apabila ada program.

Gerakkerja ini telah dibawa untuk diperbincangkan di dalam usrah pemuda Sepanggar dan kesemua ahli usrah bersetuju untuk memikul tugas ini. Selain dari itu, ahli usrah juga bersedia untuk membeli Harakah dengan harga RM3.00, serta baki dari jualan ini akan disumbangkan terus ke tabung ‘Dana Dakwah’ untuk program-program dakwah diserata Sabah. Semoga perancangan 'Harakah For Everyone' akan memberi impak kepada kefahaman masyarakat terhadap Islam dan seterusnya menerima Parti Islam Semalaysia sebagai sebuah Jamaah Muslimin untuk memimpin umat.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain