PAS kawasan Sepanggar cabar UMNO turun 123 BANGKIT

Berikutan himpunan kembalikan tanah adat '123BANGKIT' yang akan diadakan pada 12hb Mac 2012 nanti, PAS kawasan Sepanggar hari ini mencabar agar UMNO turun bersama-sama rakyat bagi mempertahankan hak rakyat Sabah. Sekirannya UMNO tidak berbuat demikian, ini bermakna slogan mereka 'Tradisi Membela Rakyat' hanyalah retorik semata-mata. Malah menunjukan bahawa UMNO bersama-sama BN Sabah perlu dipersalahkan sekiranya hak-hak tanah adat di Sabah tergadai pada masa akan datang.


Program himpunan tersebut adalah anjuran sebuah NGO 'Bela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). PAS Kawasan Sepanggar dengan ini akan menyokong penuh himpunan tersebut dan akan turun bersama-sama rakyat. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar saudara Saifuddin Samsuddin, Dewan Pemuda kawasan Sepanggar sedang mengadakan roadshow dari kampung ke kampung bagi menerangkan isu ini kepada seluruh masyarakat tempatan. DPP Sepanggar juga akan menggerakan ahli berserta masyarakat sekitar Sepanggar untuk turun bersama-sama ke perhimpunan tersebut nanti. Pada himpunan tersebut satu memorandum akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut jaminan dan pengembalian status tanah adat yang dinafikan.

Lokasi dan laluan perhimpunan '123 BANGKIT'



Sehubungan dengan itu rakyat Sabah diseru untuk berkumpul di lapangan parkir kereta Anjung Selera, Teluk Likas seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke Wisma Innoprise untuk penyerahan memorandum tersebut. Sebarang maklumat terkini berkaitan himpunan tersebut boleh di ikuti di laman facebook [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit).

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain