Karnival PASTI Sepanggar 2010

27-28 Mac 2010 lepas PAS Sabah sekali lagi mencoret sejarah apabila PAS Kawasan Sepanggar dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar berjaya melaksanakan Karnival PASTI Kawasan Sepanggar. Buat julung-julung kalinya, program tersebut menggabungkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Malam Kesenian Islam, acara sukaneka dan perbarisan PASTI, rawatan kesihatan percuma, kursus perubatan Islam, gotong-royong memasak bubur lambuk dan pameran daripada badan-badan rasmi parti. Melibatkan sekitar 300 pelajar dari 6 buah PASTI dan kira-kira 500 ibubapa dan penduduk tempatan, program tersebut berjaya membuka mata tetamu yang hadir betapa penghayatan ilmu dan budaya akhlaq mulia yang dipupuk ke dalam jiwa pelajar PASTI adalah sesuatu yang bersifat ikhlas dan bukan olok-olokan. Selain dilatih dengan daya ketahanan melalui aktiviti lasak yang diadakan, anak-anak PASTI sentiasa diajar agar menitikberatkan sportmanship dan kesungguhan dalam tindakan.

Ternyata kehadiran PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam ini mendapat tempat yang istemewa di kalangan masyarakat setempat. Selain dari menyediakan khidmat pendidikan pra-sekolah, PASTI juga berupaya menyadiakan alternatif program ke arah membimbing masyarakat kepada ajaran Islam yang syumul. Ia merupakan bukti bahawa PASTI sudah menjadi institusi pendidikan pra-sekolah yang diyakini dan telah mendapat tempat di hati masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Mengulas perkara tersebut, Saudara Anuar M. Ali, Pengarah Karnival PASTI Sepanggar apabila ditemuramah berkata,"PASTI telah lama mengorak langkah dan kini menjadi pilihan pertama pendidikan awal kanak-kanak. Malah, ia dapat menandingi institusi pendidikan lain seperti Tadika KEMAS walaupun ia percuma. Malah, PASTI Sabah telah menjadi sangat sinonim dengan pelajar-pelajar bukan Islam. Ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat Sabah sudah matang dan mampu berfikir memilih yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka."

Antara acara yang dipertandingkan pada kali ini ialah acara membawa bola ping-pong di dalam sudu, acara mengisi air di dalam botol, acara lari berganti dan sebagainya, selain acara tarik tali untuk para bapa dan remaja dan acara memasukkan benang ke dalam jarum untuk para ibu. PASTI As-Salam Taman BDC Kolombong muncul sebagai juara keseluruhan dengan memenangi 5 acara.

Program seumpamanya diyakini mampu dijadikan wadah mengikat silaturrahim antara guru-guru, ibubapa dan pengurusan PASTI serta masyarakat setempat, selain menjadi medan memupuk ukhuwwah antara jentera-jentera parti seperti Unit Amal dan Nisa' yang bertungkus-lumus menjayakan program.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain