Muqayyam Pemuda 2010

Program 'Muqayyam Pemuda' anjuran Dewan Pemuda PAS negeri Sabah telah diadakan pada 13 dan 14 Feb baru-baru ini, bertempat di Kg. Bakung-Bakung, Telupid. Sehubungan dengan itu DPP Sepanggar telah menghantar seramai 9 orang ahli pemuda kawasan Sepanggar ke program tersebut.

Kehadiran pemuda dari seluruh Sabah yang dianggarkan seramai hampir 85 orang tersebut menjadikan program muqayyam pada kali ini adalah antara yang teramai disertai oleh pemuda. Antara kawasan yang menghantar wakil ialah, kawasan tawau, sandakan, samporna, lahad datu, pitas, kota marudu, kudat, kota belud, kinabatangan, sepanggar, putatan dan keningau.

Taklimat gerak kerja pemuda PAS negeri Sabah (sumber gambar)

Objektif utama program ini ialah untuk membina kefahaman yang jelas terhadap gerak kerja pemuda PAS negeri. Bagi tujuan tersebut, taklimat DPP negeri Sabah telah disampaikan oleh wakil sekteriat pemuda pada hari pertama lagi. Seterusnya, setiap kawasan membentangkan perjalanan gerak kerja parti di kawasan masing-masing. Selain dari itu, program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri dan menyemarakan perasaan ukhwah sesama ahli. Antara pengisian program yang di aturkan oleh penganjur ialah 'night walk' dan 'jungle tracking'.

Kem komander meyampaikan arahan dari masa ke semasa

'jungle tracking' melahirkan pemuda yang lasak

Penganjur turut mengadakan program 'ramah mesra' bersama penduduk kampung sekitar. Bertempat di Kg. Perancangan, peserta muqayyam telah disambut oleh penduduk kampung dengan permainan tradisi mereka iaitu 'gasing'. Menariknya, permainan gasing ini tidak sahaja dimainkan oleh golongan kanak-kanak sahaja, malah ianya menjadi permainan tradisi penduduk disini tanpa mengira had umur. Pada akhir pertemuan tersebut juga, pertandingan gasing antara penduduk dan peserta telah diadakan.

Program 'ramah mesra' bersama penduduk setempat

Pada majlis perasmian penutupan, saudara Hisamuddin Sulaiman selaku Ketua Penerangan PAS negeri Sabah telah menyampaikan ucapan. Beliau menyuntik semangat kepada para pemuda agar sentiasa berjiwa kepemudaan di dalam mengatur langkah perjuangan. Selain dari itu, beliau menyeru agar pemuda negeri Sabah terus mara demi menegakkan Islam di bumi Sabah yang tercinta. Pada akhir muqayyam 'doa wehdah' telah dibaca oleh Ketua Pemuda PAS negeri Sabah, saudara Lahirul Latigu sebagai ikrar sumpah setia pemuda.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain