Mesyuarat Agong Pemuda PAS kawasan Sepanggar

Pada 25 April baru-baru ini, DPP kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong kali ke-7. Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Penerangan PAS-PKR telah dirasmikan oleh Saudara Lahirul Latigu selaku ketua Pemuda PAS negeri Sabah. Seramai lebih 30 orang perwakilan dari beberapa buah cawangan pemuda sekitar kawasan Sepanggar telah hadir bersama.

Pada ucapan Ketua Pemuda PAS negeri Sabah, beliau mengingatkan bahawa pemuda mestilah sentiasa menggerakkan jentera parti bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang. Sebagai pemuda Islam yang berada dijalan dakwah, pemuda PAS perlulah memahami sunnah perjuangan yang memerlukan kesabaran dan thabat di dalam perjuangan. Manakala di dalam ucapan dasar Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah menyentuh agar pemuda perlu bersedia untuk berusaha keras sekiranya ingin melihat kejayaan merampas DUN Karambunai dari Barisan Nasional. Seterusnya beliau mengingatkan bahawa organisasi DPP Sepanggar mesti menyelami hasrat masyarakat setempat bagi memastikan PAS sentiasa dihati masyarakat dikala susah dan senang.

Pada mesyuarat kali ini, pelbagai cadangan, perbahasan dan kritikan telah di bincangkan demi memacu DPP Sepanggar ke arah yang lebih baik. Mesyuarat bertemekan 'Memperkasakan Pemuda' telah berakhir dengan hasrat dan semangat bahawa Islam perlulah kembali menjadi role model di segenap kehidupan.

Tahniah kepada semua Pemuda Islam!

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain