Selamat Menyambut Hari Lebaran

Salam Aidilfitri

Kesempatan ini, seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Maaf Zahir dan Batin.

Semoga sambutan lebaran kali ini lebih bermakna dengan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد


Perutusan Raya
Tn. Guru Dato Seri Abd Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)


Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan 'Eid Mubarak' kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ikhlas,


Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain