DPP kawasan Sepanggar mengecam tindakan polis menggari Ketua Pemuda PAS Sabah

10hb (Kota Kinabalu): Tindak biadap polis menggari Ketua Pemuda PAS Sabah menggambarkan polis telah bertindak diluar bidang kuasa. DPP kawasan Sepanggar mengecam cara penahanan tersebut dan ingin mengingatkan pihak polis agar jangan keterlaluan apabila menahan mana-mana pihak yang belum tentu akan kesalahan mereka.

Saudara Lahirul Latigu telah ditahan oleh pihak polis bersama seorang rakan lagi ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, saudara Julfikar Abd Mijan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap cara penahanan tersebut. Pihak polis harus bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang menyalahi undang-undang dan bertindak diluar bidang kuasa, menurut beliau ketika ditemui di KKIA setelah baru pulang dari perhimpunan aman BERSIH di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda PAS Sabah ketika ditahan dengan tangannya digari.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 telah berpesan-pesan

malaysiakini said...

Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

NBS said...

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan yang berakhir dengan 1,667 tangkapan termasuk 10 pemimpin parti politik itu, beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap polis yang menjaga kepentingan Umno BN, bukan menjaga keamanan dan keselamatan orang awam.

"Polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga Umno BN, mereka lebih bersifat agen kepada Umno.

"Polis hendaklah jaga keselamatan rakyat, bukan keselamatan Umno. Kalau Umno jatuh polis tak jatuh. Mereka tetap berkhidmat di bawah pemerintah baru tapi kalau polis dilihat jaga Umno, bila Umno jatuh, dengan ketua polis jatuh sekali," tegasnya. Timbalan Presiden Pas

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain