PAS kawasan Sepanggar menganjur 'Majlis Jamuan Hari Raya bersama Tn. Hj. Mohammad Sabu

Pada 16 September baru-baru ini PAS kawasan Sepanggar telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya. Program yang diadakan di Kg.Suang Parai ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat dengan kehadiran mereka yang memenuhi khemah tetamu. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS.

 Tn. Hj. Mohammad Sabu sudi menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang hadir

 Antara tetamu yang hadir memenuhi khemah bagi mendengar ucapan Tim. Presiden PAS

Menurut pengarah program En. Nazri Sulaiman, "Program sebegini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam, bersungguh-sungguh menjayakan agenda 'Negara Berkebajikan'. Kehadiran PAS bukan untuk membawa perpecahan, tetapi PAS hadir sebagai sebuah bahtera penyelamat kepada rakyat yang kini sengsara kerana kezamilan demi kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu".

Pemuda terus berbakti

PAS Kawasan Sepanggar melalui dewan pemudanya terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat dan jemu. Ini dibuktikan dengan program Ihya' Ramadhan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Pelbagai program telah diaturkan, antaranya edaran bubur lambuk, sumbangan barang keperluan, ziarah hospital, edar risalah dan sumbangan kurma. PAS kawasan juga berjaya mengaturkan solat taraweh secara berjamaah di Pejabat PASTI kawasan di Universiti Appartment pada setiap malam sepanjang Ramadhan.

Sehubungan dengan itu, DPP kawasan Sepanggar ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera pemuda yang telah mengerah tenaga bagi menjayakan setiap program yang diaturkan. Seterusnya terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menyampaikan sumbangan, semoga ianya kelak menjadi amalan yang baik disisi Allah s.w.t.


Berita Bergambar:

 Kaum ibu turut membantu memasak bubur lambuk

 Bubur Lambuk sedia untuk diedarkan
 
 Antara penerima sumbangan barangan keperluan

Saudara Nazri Sulaiman yang juga Naib Yang Dipertua PAS kawasan Sepanggar, menyampaikan sumbangan

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain