HIMPUNAN ANAK MUDA SABAH: BERSATU UNTUK PERUBAHAN

0 comments

Semua anak muda Sabah dijemput hadir bagi membuktikan tekad kita untuk 'berubah' demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.


Majlis Perpisahan Setiausaha Kerja (SUK) PASTI Negeri Sabah

0 comments

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) mewakili PASTI Kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nasir Morni di atas sumbangan dan curahan tenaga beliau dalam membangunkan PASTI Negeri Sabah. Khidmat yang telah beliau curahkan selama menjadi Setiausaha Kerja (SUK) telah menjadikan pengurusan PASTI Negeri Sabah antara yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau.

Ucapan perpisahan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu

Bagi menghargai sumbangan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat Pemuda Negeri. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu. Pada ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dari DPP Sabah terhadap gerak kerja terbaik yang diberikan oleh saudara Nasir.

Majlis perpisahan ini diadakan berikutan Saudara Nasir yang akan berpindah ke negeri asal beliau iaitu Sarawak. Semoga pengalaman sepanjang bersama DPP Sabah ini berjaya untuk beliau teruskan bersama-sama dengan PAS Negeri Sarawak, khususnya berkaitan pengurusan PASTI negeri.

TUISYEN RAKYAT: DEWAN PEMUDA PAS SEPANGAR

0 comments

 

 JADUAL KELAS

  

Kemeriahan Tahun Baru Cina diraikan bersama oleh Pemuda PAS Sepangar

0 comments

21hb Januari (Inanam): Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini telah mengedarkan buah limau sebagai tanda persaudaraan terhadap masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Pekan Inanam telah menjadi lokasi edaran buah limau pada kali ini. Rata-rata masyarakat cina yang ditemui terkejut dengan kehadiran pemuda PAS serta menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya PAS sebagai sebuah parti Islam.

Pada kesempatan ini juga PAS kawasan Sepangar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini mendatangkan kemenangan dan kebahagian kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya.


Gambar sekitar edaran buah limau

 Pemuda PAS Sepangar bersedia untuk mengedarkan buah limau

 Berdoa memohon keberkatan di atas usaha yang dilaksanakan

Menyampaikan buah limau kepada pengunjung restoran

 Salah seorang masyarakat Tionghua yang menerima buah limau dari pemuda PAS Sepangar

Tahun 2012: PASTI Sepangar terus mengorak langkah

0 comments

PASTI kawasan Sepangar telah mengorak langkah kehadapan pada tahun 2012 ini apabila telah menjalinkan kerjasama dengan Akademi Al-Bangdadi. Kerjasama ini bakal membangunkan potensi para pelajar PASTI yang hampir 400 orang untuk mendalami pembacaan Al-Quran dengan lebih lancar dan cepat.



 Keratan Akhbar dari Borneo Post

Tentatif Ijtimak Tarbawi Kebangsaan DPPM 2011

0 comments

TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MOHAMMAD @ TAMAN MELEWAR.
HARI PERTAMA : 28 OKTOBER 2011 - JUMAAT

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran Peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar & Al Ma'thurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat Program Oleh Pengarah Akademi Tarbiyah

5.50 - 6.30 pm : Urus & Hemat Diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur & Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib Berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Perasmian oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS
8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam
9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi oleh Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Nasrudin bin Hassan, Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ] & Yb Hj Salahudin bin Ayub
12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur



HARI KEDUA : 29 OKTOBER 2011 - SABTU

4.30 - 5.10 am : Qiamullail & Munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah & Al Ma'thurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1 oleh Dr.Mahdi Akef mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin
9.30 - 10.20 am : Rehat
10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi oleh Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri. Moderator : Ust Syed Abdul Kadir Al Joofre
12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur Berjamaah.
2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa oleh Dato' Mustafa Ali, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik. Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban
4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah & Al Ma'thurat
5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah
6.15 - 7.10 pm : Rehat & Makan Malam
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik oleh Al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa, Ahli Majlis Syura Ulama'
8.40 - 9.00 : Solat Isyak Berjamaah
9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda oleh Tuan Haji Muhammad bin Sabu (Timbalan Presiden PAS Pusat), Dr. Kamal Al Helbawi ( Wakil Ikhwanul Muslimin Mesir), Yb. Dato' Mahfuz Umar (Naib Presiden PAS) & Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia. Kata-kata aluan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) dan dipengerusikan Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM).

 12.00 am : Program ditangguhkan


HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - AHAD

4.30 - 5.40 am : Qiamullail & Munajat
5.50 - 6.30 am : Solat Subuh Berjamaah & Al Ma'thurat
6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2 oleh Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi
9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda : Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Iskandar al Hiss
10. 05 - 11.00 am : Rehat
11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1 oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah
1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2 oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss & Sany Hamzan (Pengarah JPP DPPM).
4.45 pm : Solat Asar berjamaah, Al Ma'thurat, Doa Wehdah & Bersurai


Pemuda PAS Sabah Bongkar Penindasan Kerajaan Terhadap Apprentices TLDM

0 comments

KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia ke atas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Menurut Ketua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggota apprentices TLDM  dibawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

 


“Ramai anggota tidak diberikan pangkat Petter Officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka”, jelasnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan  penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.

Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu  kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.

Penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

“Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain,” katanya.

Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

“Ini terang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatangan borang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah laku pengurusan TLDM,” tegasnya.

Dakwa Zulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan ini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Zulfikar menambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknya sudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguam atas alasan yang tidak munasabah.

Dokumen penyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemuda PAS Negeri Sabah.
 

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain