Shafie Apdal jangan jadi BEBAL

Kenyataan Shafie Apdal baru-baru ini yang mendakwa PAS parti ajaran sesat di lihat seolah-olah kenyataan orang yang tidak bertamadun. Beliau seperti diibaratkan 'katak di bawah tempurung' kerana seolah-olah baru mengenali perjuangan PAS.

Kenyataan yang sangat memalukan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri dan juga dikatakan bakal Ketua Menteri Sabah. Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyeru dan meminta agar beliau kembali menyemak perlembagaan PAS serta sila nyatakan dimanakah sesat yang dimaksudkan oleh beliau.

Sekiranya sesat yang dimaksudkan oleh beliau itu ialah PAS membawa perpecahan, maka sepatutnya beliau juga perlu menuduh Nabi Muhammad s.a.w juga sesat, kerana Rasulullah seperti kita sedia maklum, juga membawa perpecahan dikalangan bani Quriash. Oleh yang demikian beritahulah kepada rakyat, dimanakah sesat yang dimaksudkan oleh beliau itu. Jangan hanya berani lempar batu sembunyi tangan.

Sekiranya tiada apa-apa maklum balas dari beliau dalam masa terdekat ini, bermakna DPP Sepanggar menganggap beliau sebenarnya adalah seorang menteri yang BEBAL.

ISU PARTI AJARAN SESAT : PAS SABAH CABAR SHAFIE APDAL SAHUT CABARAN DEBAT SALAHUDIN

KOTA KINABALU :
Pas Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan beliau yang Pas sebuah parti ajaran sesat. Jika benar beliau yang mempunyai kredibiliti dan berwibawa maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah dengan bersedia berdebat dengah Salahuddin. Sekirannya beliau menolak ini membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media.

“Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah daftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur. Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Dato’ Seri Anwar yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan beliau di sini. Tambah Hamzah lagi tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara “baling batu sembunyi tangan”.

“Pas bertegas bahawa Umnolah parti ajaran sesat. Buktinya kita boleh lihat dimana gejala maksiat subur di bawah pemerintahan Umno-BN. Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno-BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno-BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata”, katanya.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain