Ijtima Tarbawi Dewan Pemuda PAS Sabah

5hb Feb, Kundasang: DPP Sepangar hari ini telah bersama-sama lebih 350 peserta Ijtima Tarbawi dari seluruh pelusuk Sabah, anjuran DPP Sabah telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kunsang. Turut hadir sama pada Ijtima pada kali ini ialah Ust Nasaruddin Hassan (Ketua DPP Pusat) Ust Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat) dan Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pengarah Akademi Tarbiah DPP Pusat) sebagai penceramah jemputan.

Program yang bermula pada 3hb dan berakhir 5hb ini telah membuahkan semangat kepada seluruh anggota jamaah untuk meneruskan agenda tarbiah di dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya sebagai sebahagian agenda perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Pada majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ust Nasarudin, beliau menegaskan kepada seluruh peserta yang hadir agar memahami apakah tujuan menyertai PAS. Menyertai PAS mestilah bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ingin mendaulatkan Islam dan melaksankan syariat Allah s.w.t.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang telah mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik kerana dengan itu sahaja PAS dapat meletakkan diri pada peringkat tertinggi iaitu menguasai Persekutuan (parlimen) atau Dewan Undangan Negeri, kerana disanalah terletaknya kuasa menggubal undang-undang, akta, enekmen dan sebagainya. Maka, sifat PAS bukanlah sebagai parti politik sebagaimana UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti politik, kerana PAS merupakan sebuah gerakan Islam. Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS menpunyai tanggunjawab besar bagi memelihara Islam dan memastikan Islam diletakan pada tempatnya sebagaimana perintah Allah dan RasulNya.

Pada Ijtima' ini juga, tafsir surah Al-Hujarat telah disampaikan oleh Ust Nik Zawawi Nik Salleh kepada seluruh peserta yang hadir. Antara pengajaran dari surah ini ialah, berhati-hati dan berwaspada didalam menerima berita, kerana dikhuatiri ianya dari mereka yang berniat jahat (fasik). Selain dari itu surah ini mengingatkan orang-orang beriman agar tidak bertindak melebihi Allah dan Rasul. Ini diterangkan dari kisah pada sahabat yang gopoh kerana bertanya kepada Rasulullah, bilakah Allah akan syariatkan untuk mereka berperang sedangkan belum turun perintah tersebut dari Allah s.w.t.

Manakala Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz pada slot beliau, mengingatkan kepada seluruh anggota jamaah agar menunjukan akhlak yang terpuji di dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyeru kepada para peserta agar menjadi golongan awal kepada kebangkitan dan kemenagan Islam. Ini adalah kerana di bumi Sabah, mereka yang berjuang untuk agama Allah merupakan golongan awal disebabkan belum lagi ada kemenangan PAS dimana-mana kawasan. Maka, beruntunglah bagi mereka yang tergolong golongan awal ini kerana ganjaran dan pahala dari Allah sangat besar berbanding golongan yang telah mengecapi kemenangan.

Pada akhir program Ijtima', seluruh peserta telah bersama-sama berikrar untuk meneruskan agenda tarbiah dalam segenap kehidupan dan akan memastikan Islam didaulatkan sebagai Deen wa Daulah.


Gambar sepanjang program Ijtima' Tarbawi

 Sesi kuliah haraki bersama Ust Nasarudin Hasan Tantawi

Muslimat turut serta di dalam menadah ilmu dari kuliah tafsir

Ust Nik Abduh ketika menyapaikan ceramah kepemudaan kepada seluruh peserta Ijtima

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain