PAS kawasan Sepangar menziarahi mangsa kebakaran Kg. Bangka-bangka

22 Mac, Bangka-Bangka: PAS kawasan Sepangar hari ini telah berkesempatan menziarahi mangsa kebakaran di Kg. Bangka-Bangka, Kingfisher. Melalui lajnah kebajikan, sumbangan berupa pakaian, barang keperluan harian dan wang tunai berjaya disampaikan bagi meringankan bebanan mangsa sekeluarga.

Mangsa kebakaran tersebut ialah seorang ibu tunggal iaitu Pn. Haini bt Dulamin pada ketika lawatan tersebut masih berada dibalai polis bagi membuat laporan. Namun begitu, abang mangsa beserta anak beliau telah menerima kehadiran PAS kawasan bagi menerima bantuan. Menurut anak mangsa, punca kebakaran adalah disebabkan berlaku litar pintas dan api sangat pantas merebak sehingga menyebabkan mereka gagal untuk menyelamatkan semua barang.

Hadir bersama pada lawatan tersebut ialah Naib Yang Dipertua PAS kawasan iaitu saudara Mohd Nazri Sulaiman dan ketua penerangan, Ust. Mohd Julfikar Abd Mijan . Sebelum berpisah Ust. Julfikar telah memberi kata-kata semangat supaya keluarga mangsa agar banyak bersabar dan redha dengan qada dan qadar Allah s.w.t, kerana semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Katanya juga, PAS kawasan bersedia  menghulurkan bantuan sekadar yang termampu selepas ini sekiranya khidmat PAS diperlukan.

Gambar sekitar lawatan:

 Ust. Julfikar Abd Mijan sedang meninjau rumah mangsa yang telah hangus terbakar

Sumbangan berupa barang pakaian, keperluan harian dan wang tunai disampaikan kepada anak mangsa

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain