AJK Masjid Bandaraya, Likas menghalau pemuda bersolat

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

 Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut

Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikap beliau yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

-Pilihanraya Bersih dan Adil-
-Kearah Negara Berkebajikan-
-Selamatkan Malaysia-

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

34 telah berpesan-pesan

usrati_jannati said...

cntiknye blog ni...cerah mte

usrati_jannati said...

ya Allah teruknya...smpai cmni jdnye....nsebbek laa pkcik kai bju itam tuuh npk tegas giler lwn blik

sambakar said...

Terima kasih kepada ahli kariah yang ada rasa ' islam' nya...

Haziq Al-Fateh said...

kalau aku, aku sepak je ajk masjid bengap tu

roudin said...

This comment has been removed by the author.

Ahmad Azua Hj A. Dahalan said...

sepak je ajk tu.. bingai.. org nk solat pun marah..

Sanji desu! said...

Hormatilah rumah orang. Apatah lagi ini rumah Allah. Sentiasa ingat diri tu kat mana. Malu tengok pak cik tu. :(

A'IM said...

apabila umat tidak lagi mengenal antara suruhan tuhan dan juga kehendak peribadi. emosi diutamakan dari akal maka beginilah jadi..yang terang digelapkan dengan api dunia..yang gelap diterangi dengan kemewahan dunia... masjid yang dulunya aman kini berpecah belah hanya kerana isu peribadi dan politik.. sampai bila....

Che Din Tailor said...

lepas ni try pergi sekali lagi sorang pakai baju bersih sorang lagi pakai baju dacing mcm guni baja tu, tengok aper kata ajk tu,hehehehhehe

zizie said...

mcm bangang,.,org tu nk solat pon tak leh.,,.

samizul.net said...

AsSalam.. Aku syak Hj. Paiman tu mesti ahli seumur hidup UMNO, ehe..

Nota: Kalau ada rakaman suara/video mesti gegar masuk Malaysiakini / Harakahdaily ni, oho.. ^^,

berita sengsasi said...

BERSIHkanlah Hati Anda!!

anak_felda said...

BAKAL CALON UMAKNOOOOOOOO KOTTTTTTTT...HEHE

amatMok said...

Cuba tanya balik Pak Haji Paiman tu. Masjid tu bapak dia buat ke? Ke dia sorang punya? Eloknya brader yang pakai baju kuning tu buat de' aje dan terus pergi sembahyang. Tengok dia nak kacau tak masa sembahyang.

Kalau dia kacau, terus bagi penyepak aje!

Shah Rizar said...

nampaknya kesan tv3 & utusan duk promote hari2 tu berhasil..

ikbal said...

assalamualaikum..
tentang tajuk- kejadian2 yg sudah dijangka dari golongan sebegitu...
tentang blog- tahniah! blog yg cantik, tersusun, mesra pelawat, kemas & berinfomasi. keep up the good work!
Amar makruf nahi mungkar! Allahuakhbar!!!

enigma said...

video ada??

pasulukinta said...

cadangan cik din tailor cantik, kita pakai seorang dacing dan seorang lagi BERSIH, kita tengok hj paiman pandai atau bodoh

cik pha said...

peliklaa pakai baju bersih pun takleh masuk =.="

balqis baltisha said...

itulah yg terjadi bila dah ada mind-set...xleh nak bezakan antara pandnagan peribadi dan juga tuntutan Islam...

jelah said...

kt malaysia ni pelek la...org pkai baju bersih kne marah..org pkai bju kotor xkne marah la plak....xkn la xkenal mne satu baju bersih ngn ktor....hehehe

Pemerhati Dunia said...

Dalam islam pun diarah utk solat pakai pakaian yang BERSIH..... fobia la tu AJK tu...

shaya said...

'HAJI' ke tu???
kne g blaja agama byk sket dia ni.

maie1958 said...

um-no/b-end amat suka orang tak bolih berfikir,lagi bodoh lagi grombolan suka.ahli jk masjid tu tak payah tunjuk pandai la,banyak mengaji lagi,jangan main ikut2 aja...malu nanti,kuasa tak banyak mana pun....nasib kau la labu...

hanrare said...

name je pak haji..adoi2..subhanallah

xtraboost said...

klau ikutkn aku, aku lempang je ajk tu..ni ajk ke jkkk ni..

tuah jebat said...

apasal mamat tu tak tumbuk je orang tua tu...

ah-cai VS mail lambung said...

haji malboro le tu he he he

Mohamed Firdaus Shajahan said...

itu namanya cetek ilmu,bila jadi AJK masjid dah bajet ustaz...

sesuatu perlu dibetulkan...

white_hornet90 said...

admin,video xde ke?
mnarik ni..

rexuan said...

ewah.. ewah.. ada plak kameraman waktu insiden ni ye? kenapa tk upload video? real sket. baru kita bleh tau apa cerita. mcm video ketuak umum pkr tu. hehehe. bangang2 ni semua komen ikut cerita ahlul pas yg dh diketahui suka putar belit berita. tak adil la mcm tu. aku pikir mamat tu kena marah sbb dgn bapak dia sendiri, sbb nak pergi rusuhan bersih tp mintak duit bapak dia, ikut sampai ke masjid plak tu. tu yg bapak dia hangin sebadan tu..

shahklorin said...

klo politik 2politik lah bha...jgn lah mau babit kan agama lah haji....""

meerock@aqeel said...

alhamdulillah...bersih...takbirrr!!!!...

Pusat Rawatan Islam Tasnim said...

Untuk semua penyokong Parti Pembangkang SAHAJA
jom kita ke :-
http://rawatanislamtasnim.blogspot.com/
rahsiaa.....

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain