MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS) KALI KE-25

KOTA KINABALU, 7 APRIL - Muktamar  Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kali ke-25  telah berlangsung di Likas Square, Kota Kinabalu dengan jayanya. Sebanyak 105 perwakilan dari 15 kawasan seluruh negeri Sabah serta lebih dari 30 orang pemerhati termasuk jemputan dari NGO MAFREL dan pemerhati politik turut hadir ke muktamar kali ini.

Sidang muktamar membuka tirai dengan perbentangan dan pengesahan minit muktamar tahunan DPPNS kali ke-24. Muktamar diteruskan dengan agenda membentang, membahas dan menerima laporan tahunan tahun 2011 beserta penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu dana dimana Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu menekankan pembangunan dana perlu bagi memastikan memudahkan sebarang gerak kerja serta meringankan beban petugas sepenuh masa dalam DPPNS.

Perwakilan sedang berbahas

Pada sesi petang, muktamar diteruskan dengan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Perbahasan dari perwakilan Kalabakan menyentuh gerak kerja pengisian selepas kemenangan dan tawaran PAS kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Muktamar dihangatkan dengan sesi membahas dan menerima usul yang dibentangkan oleh dewan. Sebanyak 3 usul telah dibahaskan pada muktamar kali ini.

Pada ucapan penangguhan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu mengingatkan kepada semua perwakilan pemuda agar memastikan agenda yang ingin dibawa oleh PAS menepati aspirasi rakyat Sabah yang inginkan perubahan. Menurut beliau, PAS bukan parti semenanjung semata-mata, malah PAS ialah parti nasional yang mendukung sepenuhnya aspirasi lokal rakyat Sabah. PAS adalah parti untuk semua rakyat negeri ini dari yang beragama Islam hingga bukan beragama Islam.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain