Selamat Hari Guru

Hari ini seluruh dunia merayakan 'Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan penghargaan besar kepada kerjaya perguruan. Sesuai dengan sumbangan yang tidak ternilai seorang guru yang mendidik para pelajar tanpa mengenal erti letih dan kecewa, malah dunia perguruan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada insan yang bergelar 'guru'.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar pada kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh guru-guru di Malaysia yang terlibat dalam perbagai bidang lapangan perguruan. Mereka bukan sekadar pengajar, namun mereka adalah pendidik, pengasuh dan pembentuk generasi masa depan negara. Ditangan mereka generasi Islam terbentuk dan ditangan mereka jugalah generasi bangsa terasuh.

Sesuai dengan tanggungjawab ilmu yang mereka pikul, Allah s.w.t telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu;

Firman Allah taala di dalam Al-Quran :
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Sehubungan dengan itu juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar akan mengadakan 'Majlis Sambutan Hari Guru PASTI' peringkat kawasan Sepanggar' pada 19 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Tang Dynasty sebagai menghargai jasa-jasa mereka sepanjang menabur bakti. Pada majlis tersebut, Anugerah Guru Cemerlang, Guru Harapan dan Guru Komited akan disampaikan. Seramai 26 orang guru daripada 8 buah PASTI di Sepanggar akan diraikan pada majlis tersebut nanti.


Akhir kata;
"Selamat Hari Guru, Guru Cemerlang, Insan Terbilang"

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar
Saifuddin Samsuddin

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain