Bual Bicara Bersama Datuk Husam Musa

0 comments

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah menganjurkan program Bual Bicara bersama Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas Malaysia, bertempat di Tang Dynasty Hotel, Sepanggar.

Program ini telah dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, anak muda, mahasiswa, pimpinan parti serta masyarakat umum. Turut hadir bersama ialah Dr. Raja Iskandar al-Hiss, yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Program bual bicara yang berlansung selama 2 jam ini, dipengerusikan sendiri oleh Saudara Abdillah Matlin, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sepanggar.

Diharap dengan penganjuran program sebegini dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat dan menjelaskan isu-isu nasional kepada masyarakat khususnya di kawasan Sepanggar. Pada akhir majlis telah adakan sesi pelancaran Institut Kajian Strategik DPPK Sepanggar oleh Datuk Husam sendiri.

"Merakyat Perjuangan, Memimpin Perubahan"

DPPK Sepanggar Beri Sumbangan Mangsa Kebakaran Kg. Rampaian.

0 comments

22 september 2013- Kg. Rampaian, Sepanggar. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sepangggar pada hari ini telah menghulurkan sumbangan berupa beras, bag sekolah dan pakaian terpakai kepada 13 keluarga mangsa kebakaran di Kg. Rampaian. Kebakaran melibatkan kemusnahan harta benda dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit telah menyebabkan 13 mangsa kebakaran hilang tempat tinggal. Menurut mangsa, kebakaran berpunca daripada kanak-kanak yang bermain api.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh saudara Abdillah Matlin yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar kepada wakil keluarga yang terlibat.

Menurut beliau, hasil sumbangan diperolehi menerusi tabung derma kilat yang dilancarkan melalui media sosial serta orang perseorangan yang menyumbang.

"Setelah kita mendapat berita tentang kebakaran di kampung ini (Rampaian), kita terus melancarkan tabung derma kilat mangsa kebakaran Rampaian menerusi laman sosial. Kita juga turut menghubungi beberapa rakan-rakan yang berkemampuan utk menghulurkan sumbangan. Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang."

Mangsa kebakaran Kg. Rampaian turut melahirkan rasa kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada DPPK Sepanggar di atas keprihatinan PAS terhadap mereka.

Tahniah dan Syabas!

1 comments

Kesempatan ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPK Sepanggar) mengucapkan tahniah kepada semua adik-adik lepasan SPM dan STPM yang baru sahaja mendapat keputusan. Apa jua keputusan yang kalian perolehi itu sebenarnya adalah kejayaan, kerana sudah pasti anda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

"Usaha bersungguh-sungguh itulah kejayaan yang sebenar"


Cabaran masa depan lebih besar, teruskan usaha. DPPK Sepanggar mendoakan agar kalian mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Keselamatan: Sallehuddin Ayub seru rakyat Sabah buat perubahan

0 comments

17Mac, KOTA KINABALU: Isu keselamatan yang semakin meruncing di Sabah boleh diselesaikan jika rakyat negeri itu membuat perubahan sebenar dalam politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Naib Presiden PAS YB Hj. Sallehuddin Ayub berkata, Sabah, Sarawak dan Johor merupakan negeri-negeri simpanan tetap Barisan Nasional atau dikenali sebagai “fixed deposit” untuk terus berkuasa memerintah dipusat.

Beliau menggesa rakyat negeri itu supaya berani melakukan perubahan disaat Malaysia menerima gelombang tsunami pilihanraya disemenanjung dan bayu perubahan mula menyapa negeri di bawah bayu ini.

Beliau yang ketika ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata tidak teragak-agak untuk melepaskan kerusi yang disandang sekarang dan akan bertanding di Johor demi memecahkan kubu terkuat Umno disemenanjung sekaligus meletak harapan tinggi 12 kerusi bakal ditawan oleh Pakatan Rakyat kelak.


 Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir
“ The ground there is encouraging dan kita mensasarkan 12 kerusi kita tawan pada PRU 13”, jelas beliau.

Pengalaman berada dalam arena politik selama 30 tahun, menyaksikan penghapusan ISA, akta polis dan Ordinan Darurat sebagai salah satu kemenangan ke atas suara rakyat.

"Sudah 50 tahun lebih Umno BN memerintah, namun masalah-masalah utama rakyat di negeri Sabah masih lagi tidak dapat diselesaikan. Di tambah lagi isu keselamatan di Lahad Datu yang berada pada tahap membimbangkan.

"Selaku kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara seharusnya tidak memandang lesu atas isu ini sekaligus memelihara kedaulatan negara kita yang tercinta. Namun, perkara tersebut tidak terjadi. Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat negeri Sabah membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan rakyat Kampung Suang Parai di Pelancaran Kempen Keamanan Untuk Sabah semalam.
 
 Orang ramai memenuhi kerusi yang sediakan oleh penganjur
Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sepanggar saudara Zulfikar Abd Mijan, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sepanggar Tuan Hj Aspal Sulaiman, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sepanggar Tuan Hj. Karim serta seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan Sepanggar yang lain.

Terdahulu sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling dalam ucapannya turut menggesa agar penduduk Sabah segera melakukan perubahan dan tidak tersalah memilih ketika proses pembuangan undi.

Katanya juga, isu tanah yang tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan Barisan Nasional dengan membiarkan permohonan geran tanah bertangguh sekian lama.
Disamping isu keselamatan Kampung Air yang cuba ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, seharusnya membuka mata dan minda penduduk negeri itu dari terus memilih Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Beberapa wakil pimpinan pakatan rakyat yang lain juga turut menggesa agar perubahan politik di negeri Sabah perlu dilakukan.

DHPP - Kenapa Kami Sokong PAS?

1 comments

Dewan Himpunan Penyokong PAS merupakan salah satu sayap PAS yang dianggotai oleh non-muslim yang bersama-sama bersama-sama dengan perjuangan PAS di Malaysia. DHPP telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan dirasmikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Program Korban 2012 Mendapat Sambutan

0 comments


Sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu, PAS Sepanggar telah menganjurkan program Korban. Program tersebut yang bertempat di kampung Suang Parai dan telah menumbang tiga ekor lembu/sapi. Hasil daging daripada haiwan korban berkenaan turut diedarkan kepada lima buah kampung di sekitar Sepanggar. Sambutan program korban kali ini amat baik dan ada yang amat mengalu-alukan untuk PAS Sepanggar berprogram di tempat mereka pada masa akan datang.

Semoga mereka yang terlibat dan turut menyumbang sama ada tenaga, wang ringgit dan juga haiwan ternakan dalam program kali ini diterima di sisi Allah Subhana Wa Ta’ala.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H/2012M

1 comments

Assalamu'alaikum... w.b.t,

klik untuk lebih jelas

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Di kesempatan ini kami ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dengan sukacitanya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. Firman Allah yang bemaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Surah al-Baqarah : ayat 183)

Sempena Ramadhan ini Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah merangka beberapa program untuk dilaksanakan di kawasan Sepanggar. Diharapkan pelbagai program yang dirancang akan dapat berlangsung dengan jayanya dan bakal memberi manfaat kepada golongan yang sasaran dan memerlukan. Semoga usaha-usaha yang dilakukan akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah Subhana Wa Ta'ala sekaligus menjadi saham akhirat kepada mereka yang menyokong pergerakan Pemuda PAS di kawasan Sepanggar. Sekian. Wassalam - Pemuda PAS Sepanggar

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain