Berita Himpunan Aman membantah sikap kerajaan Mesir

Oleh: Salman


Kota Kinabalu, 8 Jan: Himpunan aman palestin anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah bagi membantah sikap tidak diplomatik kerajaan Mesir kerana bertindak menyekat konvoi bantuan makanan dan ubatan masuk ke Gaza berjaya diadakan selesai solat jumaat petang tadi di Masjid Padang Bandaran.



Sebelum itu, khutbah penuh semangat disampaikan oleh Mantan ketua Pemuda PAS Sabah, Ustaz Anuar Ali. Beliau mengingatkan kepada umat Islam agar sentiasa berpegang kepada sunnah perjuangan Rasulullah s.a.w. jika mahu umat Islam bangkit kembali dari kemunduran dan perpecahan.



Pada himpunan aman tersebut, Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu menyeru kepada semua umat Islam di Sabah agar bersama-sama umat Islam seluruh dunia membantah tindakan yang membelakangi nilai kemanusiaan itu.



Katanya, “Kerajaan Mesir sepatutnya menolak ketepi soal perbezaan politik sebaliknya mengangkat tinggi nilai kemanusiaan sejagat yang diwakili oleh konvoi Viva Palestina.



Mesir sebagai jiran yang paling hampir dengan Gaza seharusnya memberikan laluan yang mudah kepada apa jua bentuk bantuan kepada Gaza. Apa yang menyedihkan kita, Kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak bertindak bertentangan dengan konsep persaudaraan sesama Islam, kata beliau lagi.



Turut sama dalam himpunan aman tersebut ialah beberapa pimpinan PKR Negeri dan pimpinan AMK Sabah dan beberapa NGO Islam lain yang turut sama menyatakan sokongan. Himpunan aman tersebut berakhir dengan gimik pembakaran bendera Israel.

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain