Manis Bukan Lagi Pada Gula

Oleh: Nazir

Rakyat Malaysia menerima suatu lagi 'hadiah tahun baru' daripada kerajaan UMNO/BN dengan kenaikan harga gula di pasaran menjelang tahun baru 2010 baru-baru ini. Ia merupakan rentetan kenaikan harga barang sejak tahun lepas sehingga Barisan Nasional (BN) diberi nama julukan baru iaitu Barang Naik. Kenaikan harga gula di pasaran tentu sahaja memberi impak kepada pengguna, lebih-lebih lagi apabila pihak-pihak berkepentingan menaikkan pula harga barangan lain misalnya barang makanan siap dan kuih-muih.


Seorang penduduk dari Kampung Kionsom Kecil, Inanam ketika ditemui mengeluh panjang memikirkan nasib mereka sekeluarga selepas daripada ini. Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan, menyatakan kekesalannya dengan pihak kerajaan atas kegagalan menguruskan ekonomi negara dengan baik sehingga akibatnya terpaksa ditangguh oleh rakyat.

Pada masa sama, saudara Luqman Hakim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar memandang sinis saranan oleh Perdana Menteri Malaysia supaya mengurangkan penggunaan gula di dalam makanan sebagai langkah berdepan kemelut kenaikan harga tersebut. Ketika dihubungi, beliau menyatakan, "Kerajaan ni setiap kali naik harga barang, dia akan bagi cadangan 'lawak' yang dia sendiri tidak dapat ikut. Dulu bila harga petrol naik dia syorkan supaya carpool atau berbasikal ke tempat kerja. Sekarang gula naik dia suruh kurangkan gula pula. Isunya bukan penggunaan gula, kerana tidak boleh tidak akan ada pihak yang terjejas misalnya pemilik restoran dan pembuat makanan ringan dan sebagainya. Isunya ialah usaha kerajaan yang tidak mendasar untuk menyelesaikan masalah dan meletakkan kebajikan rakyat di hadapan."

Beliau mengakhiri temubual melalui telefon itu dengan meletakkan suatu hasrat, "Bila kita 'komplen', dia kata cubalah memerintah kalau pandai sangat. Kita jawab balik, memang kita nak memerintah, tunggu saja pilihanraya akan datang".

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain