MAKLUMAN PELANCARAN TABAH: Perubahan Tempat

0 comments


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGAR MENYERU KEPADA SELURUH RAKYAT SABAH YANG MEMPUNYAI KESULITAN/MASALAH TERHADAP TANAH YANG MEREKA MILIKI ATAU DUDUKI, JANGAN LEPAS PELUANG INI UNTUK HADIR KE MAJLIS PELANCARAN NGO TABAH (PERSATUAN BELA TANAH RAKYAT SABAH). MAKLUMAT PELANCARAN:

TARIKH: 12 MAC 2011 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: LIKAS SQUARE, KOTA KINABALU

ANTARA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YANG AKAN HADIR:

DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
YB SALAHUDDIN AYUB

SELURUH RAKYAT SABAH YANG TERLIBAT DIJEMPUT HADIR.
PAS UNTUK ORANG SABAH

PEMBELA TANAH RAKYAT SABAH (TABAH)

0 comments

Bagi tujuan membela hak-hak rakyat Sabah di dalam isu Tanah, PAS negeri Sabah akan melancarkan NGO 'Pembela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). Maklumat pelancaran TABAH


Tarikh: 12 Mac 2011 (sabtu)
Tempat: Hayati Villa, Putatan
Masa: 8 pagi

 

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Hubungi:
019-8622790

Laman FB:

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

0 comments


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGAR MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SELURUH UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI SABAH. SESUNGGUHNYA KEHADIRAN BAGINDA RASULULLAH ADALAH RAHMAT UNTUK SEKELIAN ALAM.

Perutusan Maulidul Rasul dari Presiden PAS
Dato Seri Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang
(clik disini)

Ijtima Tarbawi Dewan Pemuda PAS Sabah

0 comments

5hb Feb, Kundasang: DPP Sepangar hari ini telah bersama-sama lebih 350 peserta Ijtima Tarbawi dari seluruh pelusuk Sabah, anjuran DPP Sabah telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kunsang. Turut hadir sama pada Ijtima pada kali ini ialah Ust Nasaruddin Hassan (Ketua DPP Pusat) Ust Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat) dan Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pengarah Akademi Tarbiah DPP Pusat) sebagai penceramah jemputan.

Program yang bermula pada 3hb dan berakhir 5hb ini telah membuahkan semangat kepada seluruh anggota jamaah untuk meneruskan agenda tarbiah di dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya sebagai sebahagian agenda perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Pada majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ust Nasarudin, beliau menegaskan kepada seluruh peserta yang hadir agar memahami apakah tujuan menyertai PAS. Menyertai PAS mestilah bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ingin mendaulatkan Islam dan melaksankan syariat Allah s.w.t.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang telah mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik kerana dengan itu sahaja PAS dapat meletakkan diri pada peringkat tertinggi iaitu menguasai Persekutuan (parlimen) atau Dewan Undangan Negeri, kerana disanalah terletaknya kuasa menggubal undang-undang, akta, enekmen dan sebagainya. Maka, sifat PAS bukanlah sebagai parti politik sebagaimana UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti politik, kerana PAS merupakan sebuah gerakan Islam. Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS menpunyai tanggunjawab besar bagi memelihara Islam dan memastikan Islam diletakan pada tempatnya sebagaimana perintah Allah dan RasulNya.

Pada Ijtima' ini juga, tafsir surah Al-Hujarat telah disampaikan oleh Ust Nik Zawawi Nik Salleh kepada seluruh peserta yang hadir. Antara pengajaran dari surah ini ialah, berhati-hati dan berwaspada didalam menerima berita, kerana dikhuatiri ianya dari mereka yang berniat jahat (fasik). Selain dari itu surah ini mengingatkan orang-orang beriman agar tidak bertindak melebihi Allah dan Rasul. Ini diterangkan dari kisah pada sahabat yang gopoh kerana bertanya kepada Rasulullah, bilakah Allah akan syariatkan untuk mereka berperang sedangkan belum turun perintah tersebut dari Allah s.w.t.

Manakala Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz pada slot beliau, mengingatkan kepada seluruh anggota jamaah agar menunjukan akhlak yang terpuji di dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyeru kepada para peserta agar menjadi golongan awal kepada kebangkitan dan kemenagan Islam. Ini adalah kerana di bumi Sabah, mereka yang berjuang untuk agama Allah merupakan golongan awal disebabkan belum lagi ada kemenangan PAS dimana-mana kawasan. Maka, beruntunglah bagi mereka yang tergolong golongan awal ini kerana ganjaran dan pahala dari Allah sangat besar berbanding golongan yang telah mengecapi kemenangan.

Pada akhir program Ijtima', seluruh peserta telah bersama-sama berikrar untuk meneruskan agenda tarbiah dalam segenap kehidupan dan akan memastikan Islam didaulatkan sebagai Deen wa Daulah.


Gambar sepanjang program Ijtima' Tarbawi

 Sesi kuliah haraki bersama Ust Nasarudin Hasan Tantawi

Muslimat turut serta di dalam menadah ilmu dari kuliah tafsir

Ust Nik Abduh ketika menyapaikan ceramah kepemudaan kepada seluruh peserta Ijtima

Jentera pilihanraya PAS kawasan Sepangar bersedia menghadapi PRU ke 13

0 comments

23 Jan, Likas: PAS kawasan Sepangar bersama-sama dengan sayap muslimat dan pemuda serta dewan Ulama kini telah bersedia bagi menghadapi PRU ke13 sekiranya Barisan Nasional membubarkan Parlimen pada bila-bila masa. Kesungguhan ini telah dinyatakan pada Bengkel Pilihanraya Kawasan yang diadakan baru-baru ini.

Bengkel yang menghimpunkan seluruh jentera parti itu telah dihadiri lebih 60 peserta, membuktikan kesungguhan untuk membawa perubahan pada pilihanraya akan datang. Pada bengkel tersebut beberapa tajuk penting telah dibentangkan kepada peserta. Manakala pada ucapan aluan YDP Pas kawasan, Hj. Ali Hamzah, beliau mengingatkan pada semua jentera agar bersiap siaga sekiranya pilihanraya berlaku pada masa terdekat. Menurut beliau lagi, kesungguhan setiap anggota jamaah adalah sangat diharapkan bagi memastikan kemenangan PAS di kawasan Sepangar.
 

Pembentangan dari setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sabah

Manakala pada sebelah petangnya, para peserta telah diberi 'tugas lapangan' bagi bertemu dengan masyarakat setempat. Ianya adalah bagi mendapat maklum balas dari penduduk tentang masalah yang mereka hadapi.

LAMBANG KEBERANIAN SEORANG GURU MENENTANG KEZALIMAN UMNO/BN

0 comments

Kes pembuangan bayi menghiasi tirai 'Tahun Baru 2011'

1 comments

Dewan Pemuda PAS Sepangar ingin melahirkan rasa kebimbangan terhadap suasana semasa yang memperlihat kes-kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Menurut laporan dalam tempoh seminggu pertama Januari 2011 terdapat 7 kes pembuangan bayi di seluruh Malaysia. Ini menunjukan bahawa kerosakan masyarakat terutamanya generasi muda semakin parah.

Kes terbaru yang menggemparkan kawasan Sepangar ialah kes pembuangan dua orang bayi di deretan gerai KKIP, Sepangar Kota Kinabalu. Bayi pertama ditemui di dalam semak sebelah tempat pembuangan sampah, manakala bayi kedua ditemui 200 meter dari tempat bayi pertama ditemui dengan keadaan bayi tersebut ditanam. Kedua-dua bayi tersebut ditemui dalam dalam keadaan yang sangat menyayat hati, kerana telah meninggal dunia.

 Kawasan semak bersebelahan rumah sampah inilah bayi pertama ditemui

 Lubang (tanda kayu) tempat bayi kedua ditanam dua hari kemudian. (kelihatan juga botol arak berselerakan)

Tragedi ini membuktikan bahawa kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam mendidik para remaja/belia untuk menjadi insan yang bertakwa dan berakhlak mulia. DPP Sepangar dengan ini ingin mengingatkan kerajaan UMNO/BN, bahawa inilah hasil daripada pergaulan bebas serta kewujudan banyak pusat-pusat hiburan. Kegagalan melahirkan generasi yang bertakwa ini akan mengakibatkan kerosakan pada sistem kekeluargaan dan masyarakat dan seterusnya mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

Sambutan malam tahun baru 2011 baru-baru ini membuktikan bahawa golongan remaja dan belia telah di hidangkan dengan hiburan-hiburan yang melampau serta pergaulan bebas tanpa kawalan. Pada malam sambutan tersebut pelbagai acara hiburan disediakan sehingga lewat 2 pagi. Anggota DPP seramai lebih 50 orang telah hadir ditengah-tengah masyarakat bagi mengedar risalah peringatan kepada masyarakat pada malam tersebut. Namun adalah sesuatu yang sangat malang apabila suasana malam tersebut telah dicemari dengan aganda kemungkaran dan kemaksiatan di luar batas.

 Hiburan melampau di sambutan tahun baru 2011 mengundang pergaluan bebas
 
 DPP Sepangar tidak akan jemu untuk bertemu remaja dan belia bagi mengingatkan mereka

Maka DPP Sepangar dengan ini menuntut agar suatu perubahan secara holistik perlu dilaksanakan termasuk menukar kerajaan yang ada sekarang bagi menyelamatkan remaja dan belia yang kini semakin rosak. DPP Sepangar bersedia untuk menerima sesiapa sahaja belia atau remaja yang ada keinsafan untuk bersama-sama DPP Sepangar bagi membimbing mereka yang telah tersalah memilih jalan kehidupan.

Masanya telah tiba untuk menjadikan Tahun 2011 sebagai 'MASA UNTUK BERUBAH'.

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain