7 Resolusi Konvensyen PAS Sabah
Demi mencapai keadilan sosial dan negeri berkebajikan di Sabah, dengan ini PAS Sabah telah meresolusikan 7 perkara bersempena Konvensyen PAS Sabah 2011.
Demi mencapai keadilan sosial dan negeri berkebajikan di Sabah, dengan ini PAS Sabah telah meresolusikan 7 perkara bersempena Konvensyen PAS Sabah 2011.
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar memanjatkan rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Rabbul Jalil yang telah memberikan kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mengerah kudrat dan keringat dalam memperjuangkan Islam ini sehingga kita dilimpahi kurnia paling tuntas berharga.
Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini, kita sekali lagi bakal menyambut Sambutan Hari Pekerja yang mana merupakan hari memperingati akan sumbangan para pekerja yang selama ini bertungkus lumus mengerah keringat dan buah fikiran untuk membangunkan tanah air yang tercinta ini, sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
Para pekerja yang dikasihi,
Setiap individu dalam mana-mana organisasi, semestinya menginginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan juga organisasinya agar bisa menyumbang sehabis baik kepada negara. Oleh kerana itu, organisasi tersebut perlu menyediakan pelagai insfrakruktur & sistem kelas pertama untuk memastikan penghasilan yang akan diperoleh oleh organisasi tersebut berada pada tahap optimum. Namun begitu sesebuah organisasi yang mempunyai sistem dan peralatan yang canggih belum pasti boleh menghasilkan kerja kelas pertama kerana faktor individu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sesuatu sistem itu berfungsi. Maka, minda kelas pertama perlu dibudayakan pada setiap individu dalam organisasi tersebut bagi mencapai matlamat ini.
Minda Kelas Pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Ini bermakna kerja kelas pertama bermula dengan individu yang memiliki pemikiran (IQ), emosi (EQ), sikap dan spiritual (SQ) kelas pertama.
Para pekerja yang dikasihi,
Budaya Kerja Kelas Pertama didefinisikan sebagai: “Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan”. Terdapat tiga (3) perkara penting di dalam pemahaman kepada Budaya Kerja Kelas Pertama iaitu; cara berfikir dan pemikiran, cara merasa dan menghayati dan cara bertindak dan berperilaku.
Bagi merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama ini, kita perlu menerapkan satu konsep atau model yang boleh difahami, diterima dan diamalkan secara berterusan secara sukarela oleh semua anggota di dalam sesebuah organisasi. Peranan ini perlu dimulakan oleh ketua jabatan, selaku pemimpin di organisasi.
Maka penerapan konsep ESQ, merangkumi komponen IQ, EQ dan SQ secara menyeluruh adalah sangat penting. Secara asasnya Kecerdasan Akal atau Intelectual Quotient (IQ) terletak pada fungsi otak Neo Cortex. Kecerdasan IQ diperkatakan secara meluas di seluruh dunia dan telah digunakan sebagai asas pengambilan pekerja di dalam organisasi awam dan swasta.
Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient (EQ) pula terletak pada fungsi otak Lymbic System. EQ adalah kemampuan untuk merasakan orang lain atau ilmu perhubungan manusia atau dari perspektif Islamnya dinamakan “hablum minannas”.
Spiritual Quotient pula atau ringkasnya SQ terletak pada fungsi Temporal Lobe. SQ Didefinasikan sebagai kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau value, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.
SQ adalah landasan yang diperlukan untuk memfungsikan IQ dan EQ secara efektif. Bahkan SQ merupakan kecergasan tertinggi. Secara mudahnya SQ adalah berkaitan hubungan dengan pencipta (Hablum minallah), Ia bagi menjawab persoalan untuk apa IQ ini dan untuk apa EQ ini. Orang yang kuat beribadat (ritual) tidak semestinya menjadi seorang individu yang bagus dan berguna kepada masyarakat sekiraya beliau gagal menghayati dan mengaplikasikan sesuatu ibadat tersebut.
Bilakah masanya seseorang pekerja diuji dari aspek SQ atau secara mudah sekuat mana imannya? Kemungkinan besar tiada. SQ hanya teruji bila pegawai ditempatkan di agensi, sektor atau unit-unit yang mendedahkan beliau kepada peluang untuk menyalahgunakan kedudukan atau kuasa. Bagi yang berjaya menghadapi godaan dan ujian, Insyallah selamat, manakala bagi yang gagal ujian akan terjebak dengan penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Sebagai balasannya, didunia mereka boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.A 395, atau undang-undang negara yang berkuatkuasa. Tetapi di akhirat sana, perbuatan itu akan dihitung sebagai suatu dosa besar.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177
“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”
Sabda Nabi S.A.W
“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Para pekerja yang dikasihi,
Justeru, Budaya Kerja Kelas Pertama sebenarnya adalah suatu rutin harian yang boleh dan telah dilaksanakan tanpa kita sedari. ESQ adalah satu kerangka dasar, bagi membimbing kita menjayakan Budaya Kerja Kelas Pertama. Kejayaan ini terletak kepada pelaksanaan dan penghayatan yang berterusan. Kesannya dapat dilihat dari aspek kepuasan kerja, wujudnya suasana harmoni, penurunan kes tatatertib dan pengiktirafan yang diterima oleh organisasi dan individu . Budaya Kerja Kelas Pertama dapat direalisasikan apabila setiap individu di dalam organisasi memiliki kesepaduan IQ, EQ dan SQ.
Akhir kata daripada saya, marilah sama-sama kita bekerja dengan lebih gigih lagi untuk membangun tanah air kita ke arah masa depan yang lebih baik untuk tatapn generasi akan datang. Akulu kauli hadza, astagfirullahal alazim aliwalakum, assalamualaikum wbt.
Amir Saifuddin Samsuddin
Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar
24hb April (Likas): Bertempat di Dewan Komplek Sukan Likas, satu sejarah telah ditempa buat PAS kawasan Sepangar apabila dengan rasminya telah diadakan muktamar buat kali pertama. PAS kawasan Sepangar yang pada mula telah digerakan oleh para pemuda Islam yang sehingga kini telah hampir 10 tahun menggerakan aktiviti PAS dikawasan Sepangar. Pada sesi muktamar kali ini, telah diadakan pemilihan jawatan kuasa baru, dimana Hj. Ali Hassan telah dipilih secara sebulat suara untuk memimpin PAS kawasan bagi penggal 2011-2013. Manakala satu usul juga telah diluluskan iaitu, mendesak agar pembahagian kerusi bagi Parlimen dan DUN bagi persiapan awal menghadapi PRU-13 segera diselesaikan di diperingkat PR negeri Sabah.
Pada ucapan penangguhan beliau, Hj. Ali Hassan mengingatkan kepada seluruh jentera PAS kawasan agar bersedia untuk memasuki fasa pilihanraya yang dijangkakan akan diadakan sekitar bulan Jun-September ini. Selain dari itu beliau, mengharapkan agar para pendakwah dari PAS sentiasa meningkatkan usaha menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid dan surau seluruh kawasan Sepangar. Ini adalah penting kerana, kekosongan jiwa dan ilmu di kalangan masyarakat akan menyebabkan mereka jahil terhadap hukum-hukum yang terkandung di dalam Islam.
Bertempat di padang DBKK Kingfisher, telah diadakan Sukaneka dan Karnival PASTI Sepangar kali kedua selepas ianya berjaya dilaksanakan pada tahun lepas (lihat disini). Karnival yang bermula pada petang sabtu lagi telah menarik minat masyarakat setempat untuk hadir. Turut diadakan adalah perlawanan persahabatan bola sepak antara Unit Amal Dream Team dengan pasukan Ble'rong Gintisan. Manakala pada sebelah malamnya pula telah diadakan konsert Dikir Barat dan persembahan Nasyid.
DPP Sepangar mengucapkan tahniah kepada Jab. Amal kawasan berserta Lajnah Sukan kerana berjaya menganjurkan 'Liga Futsal Unit Amal 2011' baru-baru ini. Acara yang julung-julung kali diadakan ini berjaya mengumpul 7 pasukan dari kampung-kampung berdekatan, antaranya, Kg.Kibagu, Kg.Kelansanan, Kg.Tebobon, Kg.Warisan, Kg.Rampayan, Kg.Bangka-Bangka dan Kg.Keboni selain dari pasukan Unit Amal sendiri iaitu Unit Amal Dream Team.
Kesempatan ini juga DPP Sepangar ingin sekali mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding kerana telah menunjukan semangat setiakawan yang sangat baik serta tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Seterusnya kejayaan pengunjuran 'Liga Futsal Unit Amal' ini membuktikan bahawa matlamat bersukan satu ibadah berjaya membentuk keperibadian yang mulia dikalangan pemain. Sekali lagi tahniah pada semua yang terlibat.
Berita lanjut disini
Sumber: http://amalsabah.blogspot.com/
Sepangar, 20hb Mac: Jabatan Amal kawasan Sepangar hari ini telah melancarkan dengan rasminya pasukan Futsal unit amal kawasan yang dinamakan 'Unit Amal Dream Team'. Pasukan ini ditubuhkan bagi menyediakan ruang kepada pemuda-pemuda yang berminat dengan sukan Futsal untuk beraksi atas nama Unit Amal.

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain