PRK Batu Sapi: Tahniah kepada jentera pemuda Sepangar

Keputusan piliharaya kecil Batu Sapi telah pun diketahui. Walaupun kemenangan berpihak kepada BN, namun hakikatnya kejayaan itu adalah milik orang-orang yang beriman. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Al-Baqarah:5)



Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang turun membantu di PRK Batu Sapi khususnya ahli DPP Sepangar. Walaupun terdapat dikalangan pemuda yang terpaksa mengambil cuti dan mc, namun semangat perjuangan yang tidak luntur telah dibuktikan di batu Sapi.



Meskipun PRK Batu Sapi meletakkan calon PKR, namun kita yakin bahawa ruang dakwah serta membawa imej PAS ke tengah masyarakat terbuka luas. PAS Sabah telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan kempen di DUN Sekong, yang mana sekiranya di izinkan Allah kerusi DUN Sekong akan ditandingi oleh calon PAS pada PRU ke 13 nanti. Maka, PRK Batu Sapi lah masanya bagi pemuda-pemuda Islam menonjolkan imej serta akhlak terbaik kepada masyarakat setempat. Mudah-mudahan dengan itu akan terbuka hati mereka menerima perjuangan PAS untuk membela nasib mereka.



Sekali lagi saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pemuda yang turun serta kepada penyumbang-penyumbang dan juga mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan kami selama di Batu Sapi. Sesungguhnya perjuangan ini belum selesai dan tidak akan selesai sehingga jiwa dijemput oleh PenciptaNya. Inilah Ikrar Pemuda Sepangar: Selagi hayat dikandung badan, selagi itu perjuangan akan dijulang! Allahuakbar!!



Gambar sekitar aktiviti kempen:



Bergambar bersama adik Adi Putra semasa di Bilik Gerakan PAS

Saudara Arif menyediakan roti sosej kepada tetamu yang hadir

Saudara nurilhaq sedang menerangkan kezaliman BN terhadap rakyat

Kehadiran penduduk setempat pada siri 'wayang pacak' yang dijalankan

Operasi 'Hit and Run' yang dijalankan saban hari

Merayu undi pada hari mengundi

Ikrar pemuda ini akan kami teruskan sehingga dihujung usia

Komen Via Facebook :
PERINGATAN: passepanggar.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila tinggalkan pesan anda di sini

Post a Comment

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain