Marhaban Ya Ramadhan

0 comments


Kesempatan ini, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh kaum muslimin. Semoga Ramadhan kali melatih kita menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah. Sebagimana Firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]

Al-Fatihah: Al-Ustaz Hj. Nahar Mantamin (YDP PAS Sepanggar)

0 comments

Al-Ustaz Hj. Nahar Mantamin (bekas Iman Besar Masjid Negeri Sabah yang juga YDP PAS kawasan Sepanggar) telah kembali kerahmatullah pada pukul 10.30 pg, 11 Julai 2010.

Sehari sebelum beliau meninggal, beliau telah bersama-sama dengan peserta ILPAS telah menghadiri kursus di Kundasang. Selama 3 hari tersebut, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Kehilangan beliau sangat dirasai di saat-saat kudratnya amat diperlukan, namun Allah lebih menyayangi beliau.



Pada kesempatan ini seluruh kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Ustaz. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini. Juga DPP kawasan Sepanggar seluruhnya mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang memperolehi syahid.

Al-fatihah..

Ceramah Pakatan Rakyat: Semua rakyat di jemput hadir.

0 comments

17 Julai 2010 - 8.00 mlm - Dewan SMK KianKok, Likas
Marilah bersama-sama menyemarakkan suara kebangkitan rakyat menolak UMNO/BN.
.
Anak muda benci UMNO!

Shafie Apdal jangan jadi BEBAL

0 comments

Kenyataan Shafie Apdal baru-baru ini yang mendakwa PAS parti ajaran sesat di lihat seolah-olah kenyataan orang yang tidak bertamadun. Beliau seperti diibaratkan 'katak di bawah tempurung' kerana seolah-olah baru mengenali perjuangan PAS.

Kenyataan yang sangat memalukan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri dan juga dikatakan bakal Ketua Menteri Sabah. Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyeru dan meminta agar beliau kembali menyemak perlembagaan PAS serta sila nyatakan dimanakah sesat yang dimaksudkan oleh beliau.

Sekiranya sesat yang dimaksudkan oleh beliau itu ialah PAS membawa perpecahan, maka sepatutnya beliau juga perlu menuduh Nabi Muhammad s.a.w juga sesat, kerana Rasulullah seperti kita sedia maklum, juga membawa perpecahan dikalangan bani Quriash. Oleh yang demikian beritahulah kepada rakyat, dimanakah sesat yang dimaksudkan oleh beliau itu. Jangan hanya berani lempar batu sembunyi tangan.

Sekiranya tiada apa-apa maklum balas dari beliau dalam masa terdekat ini, bermakna DPP Sepanggar menganggap beliau sebenarnya adalah seorang menteri yang BEBAL.

ISU PARTI AJARAN SESAT : PAS SABAH CABAR SHAFIE APDAL SAHUT CABARAN DEBAT SALAHUDIN

KOTA KINABALU :
Pas Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan beliau yang Pas sebuah parti ajaran sesat. Jika benar beliau yang mempunyai kredibiliti dan berwibawa maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah dengan bersedia berdebat dengah Salahuddin. Sekirannya beliau menolak ini membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media.

“Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah daftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur. Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Dato’ Seri Anwar yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan beliau di sini. Tambah Hamzah lagi tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara “baling batu sembunyi tangan”.

“Pas bertegas bahawa Umnolah parti ajaran sesat. Buktinya kita boleh lihat dimana gejala maksiat subur di bawah pemerintahan Umno-BN. Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno-BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno-BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata”, katanya.

Demo Kebejatan Zionis di Masjid Bandaran Kota Kinabalu

0 comments

Sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Bandaran Kota Kinabalu, Dewan Pemuda PAS bersama-sama dengan AMK negeri Sabah dan Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar, telah mengadakan demontrasi aman bagi menyatakan bantahan di atas kekejaman pihak kerajaan haram Israel terhadap misi keamanan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu memberi ucapan

Pada ucapan ringkas Ketua Pemuda PAS Sabah, beliau mengecam pihak Israel yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dengan menyerang dan membunuh sukarelawan dari 40 buah negara. Seterusnya beliau menempelak pihak kerajaan yang bersekongkol dengan APCO yang terang-terang dimiliki oleh syarikat berkepentingan di Israel. Pada akhir demontrasi tersebut, bendera Israel telah dibakar bagi menunjukan kecaman umat Islam terhadap kerajaan haram Zionis.

Pada masa yang sama PAS kawasan Tawau juga turut mengadakan demontrasi aman bertempat di Masjid Al-Kauthar, bandar Tawau. Berita penuh demontrasi di Tawau boleh dilihat di sini.

Demontrasi aman oleh PAS kawasan Tawau


Gambar sekitar demontrasi.


Antara ahli Jamaah masjid yang turut sama pada demontrasi aman tersebut

Membakar bendera Israel lanatullah

Judi Bola: UMNO/BN bermain dengan api!

0 comments

Isu meluluskan lesen 'judi bola' oleh kerajaan UMNO/BN merupakan isu yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Meluluskan lesen ini, bermakna UMNO/BN sedang berhasrat untuk meruntuhkan sebuah tamadun kemanusiaan. Malah tindakan ini memperlihatkan wajah sebenar UMNO/BN.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melihat perkara ini bukan sekadar isu politik tetapi ianya melibatkan akidah. Meluluskan judi bermakna menentang perintah Allah. Selain dari itu gelala judi juga akan meruntuhkan nilai moral dikalangan masyarakat yang akan menyebabkan negara bakal berhadapan dengan masalah baru akibat dari judi ini.

Sehubungan dengan itu, DPP Sepanggar memberi AMARAN keras kepada UMNO/BN agar segera menarik balik lesen yang telah diluluskan. DPP Sepanggar juga mengingatkan UMNO/BN agar jangan bermain dengan api di dalam isu ini. Kami pemuda Islam tidak sesekali akan redha dengan cara pemerintah yang jelas menentang hukum Allah. DPP Sepanggar akan memastikan UMNO/BN sedar bahawa mereka sedang memilih jalan ke neraka kerana meluluskan lesen judi.

Ayuh pemuda Islam, nyatakan bantahan anda!

Mesyuarat Agong Pemuda PAS kawasan Sepanggar

0 comments

Pada 25 April baru-baru ini, DPP kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong kali ke-7. Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Penerangan PAS-PKR telah dirasmikan oleh Saudara Lahirul Latigu selaku ketua Pemuda PAS negeri Sabah. Seramai lebih 30 orang perwakilan dari beberapa buah cawangan pemuda sekitar kawasan Sepanggar telah hadir bersama.

Pada ucapan Ketua Pemuda PAS negeri Sabah, beliau mengingatkan bahawa pemuda mestilah sentiasa menggerakkan jentera parti bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang. Sebagai pemuda Islam yang berada dijalan dakwah, pemuda PAS perlulah memahami sunnah perjuangan yang memerlukan kesabaran dan thabat di dalam perjuangan. Manakala di dalam ucapan dasar Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah menyentuh agar pemuda perlu bersedia untuk berusaha keras sekiranya ingin melihat kejayaan merampas DUN Karambunai dari Barisan Nasional. Seterusnya beliau mengingatkan bahawa organisasi DPP Sepanggar mesti menyelami hasrat masyarakat setempat bagi memastikan PAS sentiasa dihati masyarakat dikala susah dan senang.

Pada mesyuarat kali ini, pelbagai cadangan, perbahasan dan kritikan telah di bincangkan demi memacu DPP Sepanggar ke arah yang lebih baik. Mesyuarat bertemekan 'Memperkasakan Pemuda' telah berakhir dengan hasrat dan semangat bahawa Islam perlulah kembali menjadi role model di segenap kehidupan.

Tahniah kepada semua Pemuda Islam!

 

powered by : www.blogger.com | designed by :ikhwan nain